Thursday, January 17, 2013

Haish, tak imbang??


Sabar..sabar..lgi brape jam je. Fuh fuh fuh. Teruskan usaha
Jgn berhenti! Semangat2! *ikat kain merah kt kepala*

(30 minit kemudian)

Waaa! Npe jawapan xsama! Kenapa tak imbang!!??!!
Tell me why???? Why???whyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!

(2 jam kemudian)

Tak imbang lagiiii??!!!!! Waaaaaaaaaa! *cabut kain merah, dan tidur*

Situasi berikut adalah situasi yg dialami student akaun bila buat financial statement,
Total asset not equal to total equity n liability.
Bila total decrease/increase cash flow xsama dgn net increase/decrease of cash and cash equivalent.

Makcik peah : hello, cakap bahasa melayu boleh x?

Ok, pendek kata bila jawapan ximbang.
Tapi bak kata lecturer wa, jawapan imbang pn xtentu jawapan betul.
Yup. Betol! Setuju sgt la tuh.
Masalahnye, kalo ximbang tu, kompem2 xbtol. *ok. Itu betul masalah -,-*

Badrul toncet : ape susah, jawapan yg ximbang tu bahagi dua. Mesti imbang.

Begitu mudah kau berkata – kata -,-

Kadang-kadang, jawapan da imbang. Sama.
Konon terer tahap petala la nih.
Hidung dah tinggi mcm mak jemah.
Bangga bak hang dpt jawapan sama, rasa bagai dunia kau punya .
Bila check2 jawapan, figure yg imbang tu..xsama dgn jawapan.
Itu double triple stress tahu. Haish.
Bila difikir balik, lebih kurang mcm addmath.
There are so many methods to find the solution,
at the end u’ll get the same answer.
Bezanya, jalan panjang or jalan pendek.
Jalan mudah or jalan susah. Paling parah, xder jalan. *eh?*

Even in any subjects, 
the ways of understanding the method and the subject itself are vary.
Contoh dalam akaun ni..*mood study akaun*
Ade org yg cari final answer gune akaun T,
Ade yg prefer gune debit credit, or journal entry.
Ade yg main bantai tolak tambah je.
Regardless of their method, jawapan mesti sama. Selalunye lah.
Bila wat latihan banyak2 yg tak imbang, lama2 da tak heran.
Lantak la imbang ke tak imbang. Asalkan wa buat, wa paham.
Kadang-kadang soalan tu bukannye betol sangat…
*ha, nmpk tak terlebihnya self-confidence disitu -,-*

Know what, konsep untuk dapatkan jawapan imbang ni..
Sgt berkaitan dgn hidup kita taw. Xnampak?
Ok. Gini.
Tujuan buat financial statement ni sbb nak tgok current financial position of your company.
Tipuuu. Tu jawapan dalam buku.
Yg sebetulnya, aim sebenar, nak dpt jawapan imbang je.
So, kita akan tengok..betapa bakal2 accountants ini akan berjerih perit memerah keringat berbelas-belas jam hanya sekadar utk mendapatkan jawapan seimbang.
Kalo study group tu, dah mcm wat mesyuarat meja bulat. Dok library sampai tak ingat waktu makan tidur siang malam.
Tak tipu. Ni lah symptom student yg tgh study subjek akaun.
Termasuk wa sendiri.
Tapi kita lupe, nanti time exam..jawapan yg imbang tu..xder diberi markah pn.
Pemeriksa akan lebih tgok kpd figure2 yg lain dan jalan kerja.
Paling penting, kene buat jalan kerja.
Xder jalan kerja, xder la markah.
Kadang, org yg jawapan ximbang dapat markah lgi tinggi drpd org yg dapat jawapan imbang.

Just like in our life.
Allah tak tengok hasil kita. Allah tgok apa usaha kita dan bagaimana.
Allah tak tgok berapa pointer yg kita dpt bila hujung sem.
Allah tak tgok brape gaji bile hujung bulan,
Bagi penggiat jalan D n T pula,
Allah tak tengok brape banyak org yg kau dah ubah semasa berdakwah.
Allah tak tgok brape banyak program yg kau dah pergi,
Habis tu, buat ape kita susah payah bekerja kan?

hey! Kenalah bersusah payah, sbb yg susah payah tu yg Allah tgok.
Brape banyak kita usaha, brape banyak kita berdoa. itu yg Allah nilai.
Adakah cara kita halal ke haram.
Itulah seharusnya, bagi semua manusia yg mengucap kalimah syahadah.
Melakukan sesuatu kerja berlandaskan penilaian Allah, bkn penilaian manusia.
Bila semua pekerjaan dibuat kerana Allah, bayangkan..tidur pn dapat pahala.
Wohoooo, ohsem!
Kadang, Makcik cleaner yg kerja dgn ikhlas itu lebih dipandang Allah dari tokoh korporat yg menderma kt sekolah tahfiz pastu suruh masuk surat khabar,letak gambar cheque besar2 gedabak gitu.

Jadi kpd course-mate ku, esok paper akaun kita usaha sama2 ye.
Usahalah utk dpt jawapan imbang, tunjuk jln kerja.
Tpi kalo x imbang tu, xyah risau.
It’s still not the end of the world. Hehe. *bajet terer gitu*

“Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia”
(57 : 11)

Selain harta, bekerja dan usaha kerana Allah pun boleh jd satu pinjaman yang baik :)
Ingat ye, jangan bersedih bila usaha jerih payah kita tak berhasil di dunia,
Sebab Allah dah janjikan hasil yg super ohsem lumayan hebak tahap petala utk kita disana.
Jgn sedih bila kita kehilangan sesuatu yg sgt kita chenta sayang kasih,
Sbb Allah dah janji penggantinya lgi super saiya yg kita tak jangka.
Jgn bersedih bila kita tak dpt apa yg kita harapkan.
Sbb Allah nak bagi benda lain yg lg cun perfect hebak kt kita.

“……………Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(2 : 216)

jom meng'ohsem'kan diri. 
lillahi ta'ala. hoyeah!!


p/s : insan yg ade paper last esok, memang tabah carik line ternet utk post kali ini. phew.

Friday, January 11, 2013

rugi tahu!

kita sebenarnya rugi. ya, rugi.
kau, kau, kau, dan kaaauu manusia semua rugi.
e'eh, aku pn manusia.
yer! kita semua rugi. rugi. sia-sia!! warrgghh! stress!

"demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian....." (103 : 1, 2 )

time is running out! masa dah time!


nampak tu. Allah pn da bersumpah dgn masa.
Allah pn da ckap, manusia semuanya rugi.
rugi??? huhu..
habis tu, kenapa aku hidup? hidup utk rugi?
hidup utk menjadi sia-siakah? 
oh, tidak mungkin. tidak mungkin itu tujuan aku diciptakan.
Allah maha Agung. Maha Bijaksana.
segala kejadiannya berhikmah. konfem.
tpi kenapa Allah kata manusia ni rugi?
kenapa? kenapa? whyyyyyyy?

jap, surah al-Asr ni ade 3 ayat kan. aiyo, xabes tgok lagi maaa...

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran." (103 : 3 )

tu diaaaaaaa. ade pengecualian rupanya. Allah kan maha Pengasih. Dia xnak kita hidup sia2. 
tu, Allah dah bg panduan, pedoman utk kita tidak jd manusia rugi.
supaya masa kita xkan berlalu hi hi bye bye dgn sia-sianya.

golongan yg tidak rugi masanya ialah,
1- org yg beriman
2- beramal soleh
3- berpesan dgn kebenaran
4- berpesan dgn kesabaran

penuhi kriteria yg empat2 ni, jdlah kita manusia yg bermanfaat dan tidak sia-sia.

"kalo wat salah satu jer, still jd org yg rugi ker?"

wallahua'lam. tpi kalo ikut ayat dlm Quran,
Allah sebut 'wa' iaitu, dan. bkn 'au' iaitu atau.
kalo 'dan', maknenyer semua ciri kene ade la kan. bkn option.

--contoh--

ali : eyh, abu. tolong belikan aku aiskerm cornettoti DAN jajan mameeku DAN keyepci.

lantas abu mencapai kunci motor dgn kilat pantasnya dan trus menuju kekedai utk menunaikan hajat kempunan sahabatnya yg sedang pantang itu *eh?*

**10 minit kemudian**

abu : nah sahabat, khas kuterbangkan dari kedai sblh rumah utkmu.
ali : ABUUU!
abu : kenapa? apa salah aku wahai sahabat terchenta?
ali : mane aiskrem? mne mameeku? ini keyepci je nih.. waaa! ku xmahu hidup didunia ni lagi....
abu : oh, ingatkan td suruh beli salah satu je. kene beli semua eyh?
ali : aku kan kata DAN, bukan ATAU. baiklah, tiada siapa lg yg mampu mebgubat duka lara nestapa gua nih. selamat tinggal sahabat. sampaikan salam cintaku kepada si dia, cemot yg disayangi yg da 5 tahun xmandi. 
*ali gantung diri kt pokok taugeh akibat kecewa*

----THE END----

oklah, that story kind of exaggerate ckit. tpi thats the concept.
bayangkan, kita berpesan2, menasihati org dgn penuh kesabaran..tpi xberiman? acane tuh?
kita beriman, tapi xberamal..aii, tak boleh jdi.

itulah serba serbi salah satu intisari dari bulatan gumbira berseronok minggu lpas.
ayuh teman, manfaatkan masa kita yg pendek. yg singkat.
benda yg paling jauh kan masa lampau. masa yg da lpas mustahil dpt patah balik.
jgn dok caya cite omputih "back to the future 1, 2, 3, 4" n segala time machine yg dyorg invent konon2nya.
mustahil. jgn dok berangan.
kita boleh putar jam, tpi bkn masa.
yelah, matikan jam, putar balik ke pukul 6 tadi. 
no problem. anak buah wa yg 3 tahun pn da boleh wat.
masa? impossible.

so, mari mari mari. kuatkan diri.
say bye bye forever to jahiliyah,
mantapkan diri utk penuhi ciri golongan dalam ayat ketiga.
agar kita tidak dimasukkan dalam golongan dalam ayat kedua. Nau'zubillah.

kalo nak dibincangkan surah Al-Asr ni, sehari pn xcukup beb.
even surahnye pendek, pengajaran berjela bro.
tpi wa cuma boleh sampaikan yg segelintir je.
yelah, diri ini pn masih dlm usaha merangkak2 utk perbetulkan diri.
meningkatkan kualiti sbg muslimah dan pemegang panji agama Allah.
*cewwaaahh*
iyelah. setiap muslim dan muslimah itu pemegang panji agama Allah.
once kita mengucap 2 kalimah syahadah, tugas da'ie itu otometik ke bahu kita.
dan da'ie itulah pemegang agama Allah.
nmpk x equatioan dan formulanye disitu. 

Rasulullah sallahhaua'laihiwasallam pernah bersabda,
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"

"ballighu anni walau ayat" 

sgt ingat ayat ni sbb slalu nasyid ayat ni time sekolah rendah dulu.
tpi dah besar gajah zirafah ni baru paham maksud dan pengajarannya. 
noob gila -,-

ok. jom, jgn rugikan masa.
*semangat lagu semarak perjuangan by shoutul amal :)*


p/s : di rumah. mencari ruang dan waktu utk study :(



Sunday, January 6, 2013

Menyebok

waaah! lamenye da tak menulis kt sni.
uhuk. uhuk! haachuum!! banyaknye habuk blog ni. haish. 
*amek bulu ayam, bersihkan habuk*
haa, dah bersih skit. *BLING.BLING*

so, soalan cepumas. apa khabar iman masing2?
GULP! *krik.krik.krik*

as we may concern, PRU 13 sudah menghampiri kita. yer, hampir.
tpi masih xtahu bila. 
entahla, nk main teka-teki agaknya.
mmg excited, ternanti2 jugak.
cume xberapa nak excited coz masih tak layak nk mengundi.
see?? I masih muda tw. hikhikhik.

wa ade la jugak gurau2 dgn member wa yg da tua masok 21,
"ha, boleh la korg gi mengundi. layak2"
"hrm, malas aku dah. abg aku yg 30 tahun pn xpenah mengundi"

ZAAPP!!
haiyo! kenapa itu macam wo..
hak mengundi adalah tanggungjawab tw. iye, TANGGUNGJAWAB.
tidaklah wa nak memihak mana2 belah parti, 
nak wat kempen utk dyorg, apatah lagi. oh no no no.
itu dah konpem2 parti2 tu dah kempen habis-habisan. 
mmg da tanggungjawab mereka.

yg kita ni, kita?
xmalu ke, xtunaikan tanggungjawab.
yelah, maybe people said..
"ala, aku sorg je yg gi undi..xeffect mne pn keputusuan pilihanraya tu nnti."

bayangkan 10,000 org yg pikir macam ni. bayangkan.
ha, itulah org muda sekarang. *kita lah tu*
nak harap yg tua2 je pegi mengundi. nak harap yg tua2 je gi masjid.
belia kita ni gi mane?
shopping mall? tgok wayang? men boling?

nak tunggu smpi pemimpin jd kuku besi n diktator n kejam mcm Hosni Mubarak tu,
then baru nk wat kebangkitan, nk mintak tukar pemimpin.
then baru terhegeh2 terkucil2 nak pergi mengundi.
ini masalah bila belia dah TERLALU sangat amat SELESA.
nak keluar dari comfort zone pn da malas.
jd lah belia kini, generasi yg malas. yg buang masa.
melepak2 malam2 buat bising kt bukit bintang.


yg lagi sedihnya, mereka2 yg LANGSUNG xnak ambil tahu keadaan politik negara sekarang.
jgnlah mengharap kt surat khabar + berita tv. 
rajin2lah browse ternet, cakna pasal politik kita.
kalo ade gosip artis, laju je korang gi blog 'beautifulnara' kan.
itulah belia sekarang.
hiburan. hiburan. hiburan. terlebih2.

kita mungkin dah dibiasakan budaya malas nk amek tahu hal semasa.
ekonomi semasa. keadaan semasa.
konflik semasa. umat semasa.
kononye, serabut kepala. nak study lagi.
study. study. study.
tpi hal retis meletop ke xletop, dyorg lunch mkn ape pn nak amek tahu.

lagi sedihnya, bila kisah saudara kita di Syria sume..pn xnak amek tahu.
"xper, kita aman.."
..........................*speechless*
"e'eh, xder kuar berita pn..palestin da okla kot,"
.................................*hentak kepala kt dinding*

hentikan. hentikan.
hentikan perasaan malas ambil tahu.
jdlah manusia yg ambil tahu. dan tunaikan tanggungjawab.
takut nnti kt akhirat dipersoal,
"org gi mengundi pilih pemimpin, kau buat ape? main DOTA??"

jadilah manusia yg ambil tahu.
xperlu serba tahu pn xper, tpi asalkan tahu.
sensitiflah tentang masalah umat kita sekarang.
kita hidup bermasyarakat. 
kadang, jaga tepi kain org itu perlu. tpi bkan kain dalam orang.

peace yo!


p/s : terharu dpt tgok Syeikh As-Sobuni live kt dataran shah alam hari tu :')