Monday, August 25, 2014

Tips cepat kaya

Day #5

Langkau sehari.
sebab semalam adalah hari yang super duper tak produktif langsung.

*hentak kepala kt dinding*

Hari ni?
Mutabaah amal masih tak penuh. Sobs :'(
Usaha. Usaha. Chayok2.


Excited. Excited nak belikan hadiah untuk mereka.
Da lama tak rasa perasaan macam ni.
Rasa seronok memberi.
Seronok buat orang lain seronok.


know what, these are some useful tips.
kalau agak2 diri tu rasa macam sengkek,
pastu rasa macam timbul rasa kedekut tu kan,
bersedekahlah.
Serious talk. tak tipu.
Bila dah hujung bulan, dompet kemarau semacam je kan,
bagilaa lime posen ke, singgit ke, masuk tabung masjid,
or bagi mana2 pengemis, org gelandangan ke kann,
pastu jangan rasa ralat,
just give without thinking,
redha. jangan rasa kehilangan.
Bagi jer.

Percayalah, Allah akan balas berganda ganda ganda ganda.
Balas dengan cara yang tak disangka2.

tak semestinya dapat duit sedepuk sejuta depan mata.
Mungkin tetibe, ade orang nak belanja,
or, makan sikitttt je da rasa kenyang seminggu,
or kerja2 dipermudahkan.

Allah boleh bagi rezeki dengan macam2 cara.
Diluar jangkaan fikiran manusia yang lemah ni.
Yelah, dunia ni milik Dia,
walau tak logik difikiran akal pun,
Allah dah kata benda tu nak jadi, jadilaah.
Walau tak logik camane sekali pun.

ni ade kisah.
Kisah seorang makcik ni, gaji dia takdelah berpuluh2 ribu riban tiap bulan.
harta dia tak melimpah ruah,
kerja cikgu je.
husband dia pun cikgu,
anak ramai.7 orang. semuanya macam2 kerenah.
nak moto la, kereta la, barang branded la.
Mengada anak dia ni.

Tapi alhamdulillah, ape anak dia nak, dia boleh belikan. siap boleh bagi belanja adik2 lagi.
dia ade rumah, kereta pun banyak.
makan cukup. nak buat simpanan pun cukup.
gaji potong macam2 tiap bulan, tapi tak pernah tak cukup.
dia tak kaya sangat, hidup mewah sume,
tapi dia senang hati.

Rahsianya,

Pertama. 
Jangan lupa hulur kat mak ayah.
Kedua.

 SEDEKAH 

Dua benda ni awal2 dia da portionkan untuk gaji dia.
Kat rumah, dia ade buat satu tabung.
Tabung sedekah namanya.
Tiap hari dia akan masukkan at least singgit.
tu at least.
kadang dia rasa macam nak kaya lebih, dia msukkan rm50.
Sampai tabung penuh, dia bagila mana2 ustaz,
whether untuk sekolah tahfiz, anak yatim, or masjid2.

Walaupun sekarang dia bergantung pada duit pencen,
hati dia senang.
keluarga dia pun senang.

Siapa makcik ni?


MAK


:')


p/s : rasa puas dapat bagi hadiah kt orang. lagi2 yg handmade.

Saturday, August 23, 2014

Kota Metropolitan

Day #3

Hari  ni jadi driver mama. Ke Pullman KL untuk interview.
I dont know interview for what, but she needs to bring along her resume, files and all that.

apa ingat dah pencen pn tak kene interview? haaaa.

something I realize about myself, whenever I hang out with my mom, I can get in with older people very well.
I mingle with her friends like I mingle with my friends.
Pastu rasa macam, eyhhhh aku dah matang. haha

Coz before this I find myself hard to get along with older people.
I afraid my words might hurt their feelings, terlebih kurang ajar and so on....

well, they are human too. not perfect.
They might be wiser because of all experiences they have,
but still, they are HUMAN.
so, watlek watpis je. 

hrrmm, perjalanan mencari semangat, bagaimanakah?

one word. 

     SABAR      


sabar dengan dunia. sabar lawan nafsu. sabar dengan diri sendiri.
kuncinya hanyar sabar.

"dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"

kalau rase nak memberang, bengang semnacam.
tarik nafas dalam2, ingat, kerana Allah kau kena sabar.
fuh, susah nak pupuk rasa sabar ni.
lagi tengah musim PMS ni, tengah hormon tak stabil,
betul2 menguji diri.
tapi ingatlah, segala usaha kita untuk bersabar,
InsyaAllah, Allah nampak, Allah kira.


maka ayuh, terus bersabar untuk istiqamahhh! :)


p/s : beselah drive tengah kl. driver sume mengundang carutan. betul2 menguji. fuh3.

Friday, August 22, 2014

Disentuh lagi

Day #2

a good start maybe. I manage to wake up early. n got to my office earlier than yesterday.
a good muslim should be better than yesterday, and a better tomorrow than today.

But still, got no job at my office. Its a chance for me to get well prepared for usrah tonight.

dah lama tak menyampaikan. dah lama tak bercakap. aku takut, mesej yang aku nak sampaikan, tak tersampai kerana penyampaian aku.
aku takut, mutarobbiku tersalah paham maksud aku.
Tapi, apa2 pun, semuanya urusan Allah.
Aku usaha untuk siap sedia, dan mengharap Allah melancarkan lidahku untuk berkata2, dan Allah memegang hati2 mereka untuk menerima ilmu.

yup. Malam ni ade usrah.
Usrahmate baru, tapi member lama bertahun2.
Dulu tak rapat sangat pun, tapi atas tujuan yang sama, cubit peha kiri, peha kanan terasa :')

Tapi sesi kali ni berbeza. berbeza dengan apa yang aku pernah berdepan sebelum.
Mereka betul2 membuka mata aku.
Kat luar sana, lebih ramai, berkoyan2 yang 'dying' (gila2 nak sangat) nak orang yang mengajak kebaikan.
Sebab manusia tu sendiri, fitrahnya sukakan kebaikan.

Instead of aku yang menyampaikan, kali ni aku lagi banyak mendengar, lagi banyak diingatkan, lagi banyak terima pengisian dari mereka.
Sepertinya Allah nak sedarkan aku, 
"wake up dude!! kau tu dah lama tidorrrr, jangan igt kau tu bagus sangat!!"

Dalam usaha mereka nak berubah, mereka sangat excited nak menyampaikan.
teringat macam waktu mula2 aku 'ditepuk' tarbiyyah.
seronoknya perasaan tu :')

Mungkin ini cara Allah tunjukkan jalan, untuk aku lebih usaha betul2 gila2 punya, nak cari balik semangat tarbiyyah yang tenggelam.
Mungkin belum tenggelam.
Cuma jalan aku dikaburi.
Sebab jalan DnT tak pernah mudah.
bengkang bengkok banyak duri banyak halangan.

Ya Allah, kuatkanlah aku. Tetapkanlah hati aku.
Dan hati2 mereka. Serta keluarga. dan sahabat2.


p/s : terima kasih tuan rumah. laksa sedap :)









Thursday, August 21, 2014

Terkapai-kapai lagi mungkin

Day #1

Macammana? ok? ape jadi?

Firstly, mutabaah amal masih tak lengkap. berbolong2

*nangis laju-laju*

Dah set jam nak bgn awal, tapi last2 kelaut jugak.
pegi keje lambat.
old habit, hard to resist. takpe, teruskan usaha. esok kene bangun awal.
Completekan checklist iman :)

Pegi keje, tapi mengular.
Bos takde, client tak banyak mari. takde dateline.
takde pressure langsung. 
Tapi entah kenapa, Dhuha tak terbuat jugak

*hentak kepala dinding*

C'mon Ain!! Jangan manjakan diri sangat. Mengada.

Ni ade kisah,
masa lunch hour, singgah tadika little caliph sebab nak jumpa bos lama.
Ketuk2 pintu, budak kecik yang menyambut. Biasalah, diorg memang excited 24/7.
bila teacher bukak pintu,
terus ade sorg budak pompuan sambar kaki, peluk2 seronok.

dan aku, tergamam. Gulp.

Alahai, rindunye nak mendidik kanak2 tak berdosa ni.
Rindunya nak me'warna'kan hati kanak2 suci ni.
Teringat pengalaman2 lepas mengajar budak2 ni, 
penat? xyah cakap. Jaga lembu sekandang pun xsepenat jd teacher tadika.
tapi aku puas. Aku penat dan puas.
Aku tak banyak harta. Bukanlah bijak pandai nak menyumbangkan hasil2 kajian or idea2 bernas kengkonon.
Aku rase, mungkin dengan mendidik kanak2 tersebut, akan jadi salah satu medium utk aku membantu masyarakat secara tak langsung. 
Menjadi salah satu batu bata yang membawa diorang ke arah kecemerlangan.
Mencapai redha Allah pastinya.

Now I know where my hearts is.
Office work is so not my type.
I dont have so much passion in accountancy.
I like kids. No matter how annoying they can become, but they are innocent, sinless.
More noble than this sinful me.

And through them, I learn so much value in life.
When i teach them things, they actually teach me back. Indirectly.

I have few experiences with kids.
I've taught 7 and 8-year-old kids for few weeks.
Was a kindergarten teacher for 2 months.
Still, I never get tired and always looking forward to come back teaching, if there any chances.

:')


so, back to the topic, misi new resolution apecer?
Masih berusaha.
Better than yesterday insyaAllah.
Plus, tadi baru balik dari RI, jumpe akhawat kajang,
dapat semangat lain macam sikit :)

chayok2.

p/s : lepak RI, borak2. ingatkan sebaya, rupenye ramai adik2. rase tua sangat -,-




Wednesday, August 20, 2014

Masih mencari

for the time being, will not yet to post about my #100 wishlists part 2.

I will, InsyaAllah one day. But not now.
As I am still struggling to regain 'hamasah' (spirit : semangat) to live in this world in accordance with Allah's blessing.

It seems like I have lost myself,
since.... I dont remember, maybe 6 months ago. or more than that.

*gila lama futurism menjajah diri*

so, i've come into a new resolution.
Starting from now on, my journey to regain, retransform myself will begin.

*please pray for me, for my success*
I will try.
Try to post everyday, or every 2 days, or every 3 days, weeks, about my struggling to get myself out from all this futurism diseases.
It very dangerous you know.
Once you attach to it too long, kind of impossible to get yourself out from the situation.

There were at point where I actually fed up on myself. I gave up.
But Allah is The Most Merciful, He never left His slave alone.
Never.

He gave His blessings by sending me this nice people.
A person who is full of enthusiasm to change into a better muslimah.
Like how I used to, 3 years ago.
She reminds me of myself when I was about to fall.

ok. see ya later. Tra. :)

p/s : takdak idea kering habih dah -,-