Sunday, September 27, 2015

Situasi

Minggu ni mood semacam up and down sikit.
Alhamdulillah, lepas seminggu lepak dengan keluarga,
muhasabah lebih,
sekarang dah tenang sikit.
dah boleh berfikir dengan waras.

Decided to move on with life. Focus to what is more important in life.
Bende remeh2 yang tidak2 ni jentik puiiii masuk longkang je.
Toksah toleh2 dah.

Anddd suddenly someone brought this matter up again.
Terus bercelaru balik.
Bercelaru dalam tenang.
Muka bajet cool, hati sapa tahu kann.

Bila fikir balik, somehow kena jugak cakap pasal hal ni.
kena jugak luahkan kat sape2.
lama2 simpan, meletup nanti.
End up, cerita je kat dia.

kadang seronok cerita kat manusia2 yang berlainan ni, pendapat diorang macam2.
Banyak pengajaran yang aku boleh ambil.
one of it, is this...


Hati manusia ni, Allah yang pegang. Hati kita ni pun Allah yang pegang.
Bila2 je Allah boleh ubah hati 360 darjah, sekelip mata gitu je.
Tiada apa yang mustahil pada Allah.

okla. gini. Kadang, kita bersahabat ni sebab kita nak ajak dia pada kebaikan.
Nak sama2 bimbing dia, bimbing diri sendiri jadi lebih baik dari hari ke hari.
So, kita bersabar je dengan kerenah dia. mengada dia. tak kisah. 
sebab nak ajak dia berubah. kononnya.
But still, ajakan dan nasihat segala semua tak membuahkan hasil.
Sama je dia dari dulu kini dan selamanya.
Macam takde function je kita ni bersahabat dengan dia.
Lama2 semacam fed up. Sudah. Enough is enough.
Kita makan hati dengan dia, bukannya dia kisah. Lama2 makan hati, sampai dah takde hati nak makan.
Konon dah habis sabar la nih.

Tapi kita LUPA. kita lupa yang hati tu sememangnya secara mutlak Allah yang pegang.
Kita mengajak. Kita usaha.
Dia berubah or tidak, bukan kuasa kita. bukan kita yang tentukan.
Kalau betul dia berubah pun, bukan sebab kita.
itu sebab Allah yang ubahkan hati dia.
So, dalam usaha mengajak tu, jangan terlalu mengharap yang dia mesti kena berubah.
"aku dah buat itu ini, dia kene mesti berubah."
This mentality is wrong! bahaya. seolah kita nak buat kerja Tuhan pulak.

Suppose kita usaha sedaya upaya semungkinnya, leave the rest to Allah.
Berubah or tidak, berharap pada Allah sahaja.
Bila sedar yang 'merubah' itu bukan job scope kita,
kuranglah rasa kecewanya. kuranglah rasa makan hati tu.
Boleh tajdid niat selalu.
Muhasabah balik, kenapa kita bersahabat dengan dia. kan kan kan.

and another thing,
pernah teringat dalam sesi 'bulatan' dulu,
sebelum ditugaskan jadi naqibah dulu,
aku selalu diingatkan,
biasanya "keberhasilan" anak usrah or org yg didakwahkan bergantung kepada keadaan or mutabaah amal akak usrah tu, or orang yang mendakwah.

Faham tak?

the thing is, everything relate back to yourself.
Bukan lah maksudnya kau kena betul 100% baru boleh mengajak orang lain.
kalau tak, takkan ade lah orang yang mengajak sana sini kan.
Kalau tak berubah jugak, fikir balik. Mungkin kerana kurangnya syukur kau pada Allah.
Mungkin kerana selalu solat lambat. jarang puasa sunat. etc.

kalau dah 40 tahun bersahabat, ajak itu ini and still sama,
mungkin compang campingnya pada diri sendiri.
Mutabaah amal yang tak pernah penuh. Tarbiyah dzatiyah yang celaru.
Pengharapan yang kurang pada Allah, tpi mengharap Allah ubah jugak hati manusia.
Macam tak tally je. tak selari. tak sesuai. 
Muhasabah balik, mutabaah amal apa citaaa???

Betul lah.
Ujian ni banyak betul mengajar erti hidup.
Belajar dari kesakitan. 
Rise up and be a better person.
yukennduwwitt!


p/s : dah tak reti dah nak susun ayat cantik2. if you want further explanation, jom jumpa. I speak better than I write. or type. literally.



Sunday, September 20, 2015

Sakit itu perlu

"Untuk memenuhkan diri dengan sifat mahmudah, kene tinggalkan yang mazmumah.
kalau tak tinggal, mahmudah tu tak melekat.
Analoginya, kalau nak cat dinding, cat lama kene ditoreh dibuang habis-habisan so that cat tu cantik dan melekat dan tahan lama tak berkulat2.
kalau tak toreh cat lama, boleh je cat baru tu. tapi tak lekat, xcantik bertompok-tompok, dan lepas setahun dah kene tukar baru. tak tahan.

tapii, camner nak tinggalkan yg mazmumah. esiaer said than done kann.
JAGA SOLAT.
sebab solat mampu hindarkan diri dari perkara mungkar.
kalo tak terhindar, maknanya solat tak betul la tuu."


Petikan ni saje aku ambik dari post2 yang lepas. time ni tengah intern.
Semangat taybiyyah time masih kobar2.
dalam usaha resolusi tarbiyyah, sebab 'kejatuhan' yang amat paling.
dan aku cuba mendaki sikit2 di tempat baru.

dan sekali lagi, petikan tu berjaya menjentik aku lagi kini.
bukan jentik kot, ni dah tahap sepak terajang berdebukkkk.

"kene tinggalkan yang mazmumah, kalau tak yang mahmudah tu tak melekat"

ceritanya, aku memang berkobar nak jadi yang baru. 
tapi lupa buang jahiliyyah yang lama berkarat tuu :'(
sampai aku tak sedar yang aku dah hanyut dalam ke'jahiliyyah'an tersebut.
hanyut hanyut dan hanyut.

dan sekali lagi, aku 'diselamatkan'
Allah :'(
Besar sekali kasih sayangMu.

Dalam ke'hanyut'an tu, aku disakiti. ditikam belakang.
Oleh orang yang aku paling sayang. paling percaya.
Sakit diaaaaaaaaa. Masya Allah. tak terkata.
hati rasa pedih. jantung laju. bermalam2 aku tak boleh tidur. 
takde mood nak jumpa orang. taknak makan. tak lapar langsung.
my head cant think straight. nak hidup pun malas.
rasa macam nak meletop. rasa macam nak tumbuk semua orang.
aku tak boleh nangis, my tears is too precious for stupid stuff like that.

dah lama tak rasa macam ni. 
last time masa 5 tahun dulu kot. by that person you-know-who.
or you-dont-know-who lah.

Cuba lah nak kurangkan rasa sakit tu, dengan jumpa orang tu orang ni.
Kurang sikit. but not for long.
bila sorang2 and terfikir balik, rasa sakit tu datang balik :'(

last skali, terfikir macam nak bagitahu mak. cerita kat mak.
dah tak kisah ape reaksi mak, apa jawapan mak, terima je,
I felt like, I really need to tell her. and I did. on the phone.
and her first response was,

"camne ni? mak tak jumpa gigi mak!"

I burst out laughing. kenapa random sangat mak aku niiiii!!!!
gila betol2 gelak tak hengat dunia.
Mom, I know your response will always be the best!
terus lupa sakit dunia. hahahaha


ok. thats not the point.
masa kat rumah, aku selalu mengadu yang aku ada masalah nak tidur.
tapi mak tak pernah mention pasal apa yang aku hadapi.
mak taknak komen apa2.
tapi bila mengadu, mak akan jawab,

"pegi ngaji. baca bismillah 21x baca selawat 100x baca zikir 1000x......"

dan segala macam nasihat yang berbaur begitu.

"ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang"

I never really recall how many times she told me to say the zikr, tapi yang aku paling ingat ialah pesanan mak yang suruh aku ingat Allah.

aku cuba buat apa yang mak suruh. 
and you know what, hati aku tak pernah setenang iniiii.
dan memang betul, bila 'sakit' tu datang, dan kau segera kembali padaNya,
kau akan merasakan yang,
all this pain is nothing. nothing. 
aku ada Allah yang Maha penyembuh, yang Maha penyayang,
yang paling tahu sakit lemah hambaNya, yang sentiasa ada untuk hambaNya.
bila sujud, aku rasa macam kena pujuk.

dahla kat rumah mak pujuk. dan sekarang ni rasa macam dunia betul-betul sedang memujuk.
macam manja pun ada ':p

dan dengan 'kesakitan' ni jugak, buat aku terpukul.
sedar hoiiii. ingat balik tujuan hidup hoiii.
kembali kepada fitrah. cari balik fikrah hoiii.
DnT kau apa citaaa.
sedalam-dalamnya aku muhasabah.
dan aku tersedar,

aku kene sekeras-kerasanya tinggalkan 'batu pemberat' yang menghalang aku melaju dalam jalan dakwah ni. yes.
mungkin bukan tinggalkan. but not too attached. not too dependent.
bersahabat dan rapat dengan orang2 baik. 
pada masa yang sama, santuni sahabat2 yang lainnya.
yosh! yukenduwiittt!


[dah. takyah nak layan sangat rasa hati tu. sebab kau tak tahu yang dilayan tu rasa hati ke rasa nafsu.]


p/s : kembali ke shah alam. tapi 'medan' yang berlainan. Professional papers is another game. tak sama langsung macam degree.