Tuesday, December 31, 2013

#100 wishlists part 1

bile tahun baru, selalunye ade azam tahun baru.
naaahh,
boringlah azam2. tiap tahun azam baru.
yang lama xtercapai jugak.
di'brought forward' ke tahun depaaan jer.
sampai dah patut kene write off.
jadi bad debt mungkin.


tu diaaaa MFRS 999. gua yg cipta sendiri.
how to handle ur cumulative azam yg xtercapai2.

ok. stop about accounting. xder sape faham -,-

so, at this very moment of new year,
at this very late hour [0200am]
i'm thinking about making a 100 wishlists.
its time to think about your future, right.
i'm almost 22. no more gila2 main2 sana sini.
time to get serious about your life.

a logically achievable dream ok. not a fantasy one.
or else i would hopping that Hogwarts are existed.
 xyah sampai 100 wishlist.
that 1 fantasy dream is enough. haha


*see, berfantasi lagi. kanak-kanak lagi ni.
btw, i'm a sick lover of Harry Potter series. tq*

so, this is it....

#1 my own walk-in wardrobe.
#2 Canon DSLR 650D
#3 Umrah :') 
want to see, sujud right in front of Kaabah. would be beautiful indeed.
#4 get married before 25
#5 travel with bestie. to australia. or anywhere around the globe
#6 visiting Turki. melihat kesan keagungan Islam zaman dulu.
#7 kumpulkan balik semuaaaaa geng2 sekolah rendah. yg nasyid2 dulu tuuu.
#8 having my own kindergarten. 
This is mine and my sister's aim. Currently we have a land to build the building. The house not build yet. Masih kumpul modal. Modul utk anak2 murid dah ade. Please, do pray for us. Kami nak membina anak2 muslim yang qawiy. Islamic English kindergarten, Insyaallah. :)
#9 Build a house for my parents. and a maid. and we live next to their house. [we???]
#10 move and settle down in UK. 
ini impian sejak sekolah menengah yer. bkn sebab kene halau dengan menteri. haaaa, if u know what i mean.
#11 tengok adik berjaya. xkesah dalam apa saja bidang yg dia minat.
#12 Naza picanto
#13 Reti main gitar dgn jayanya
#14 belanja mak abah pegi vacation
#15 play tamborine again. dengan geng perkusi. rindunyaaa.
#16 ade geng handball
#17 keje, timba pengalaman kat audit firm
#18 whether being a CEO, or owning a business. bkn jenis yg biase terima arahan orang.
#19 buatkan teh tarik utk semua kawan2 yg saya kenal. 
cause thats what I do best. nikmat kurnia mmg utk dikongsi kan. itu je yg termampu :')
#20 semua album KRU yg pernah wujud. dan mawi
#21 pump shoes. and a pair of boots. oxford shoes.
#22 Own karaoke set
#23 Terer swimming
#24 meet Bunkface in person. Sam especially.
#25 Tengok teha kahwin. mehmehmeh :D
#26 mekap set. kalau dah wanita tu, wanita jugak.
#27 tons of perfumes
#28 Jumpa kak D. Murabbi pertama gua yg berjaya menjentik hati kental gua. rindu :'(
#29 Lesen motor
#30 Scrambler
#31 bonet kereta yang penuh dengan compartment utk letak kasut2 baju2. 
bukan penuh bunga macam cite Nora Elena tu. btw, I love when my car is my wardrobe.
#32 Someone who sings Have u ever really loved a woman by Bryan Adam. 
My future husband of course. haha
#33 anyone yg suke lagu2 The carpenters jugak, raised ur hand please. tgh carik partner-in-crime nih.
#34 build a house. utk jadi RI dan boleh wat macam2 daurah kat situ.
#35 Nanti kawin kenduri sama dgn abang. jimat.
#36 Hot chocolate *this just came up from my mind*
#37 Handbags
#38 Mini library. that filled with my own english fiction collection.
#39 Cooking books. craft books. religious books. books and books.
#40 get in front of the crowd. talk about what I love. what I know.
#41 Bungee jumping
#42 Jump from a heli with a parachute on
#43 Naik puncak kinabalu
#44 Kurussssssssss dan sihat dan bertenaga. hoyeah!
#45 Pergi 10km running event with bestie. or future hubby :p
#46 Panjat pokok manggis kt umah sampai atassssss skali.
#47 Ride scrambler sampai 140km/h. macam syiookkk jer.
#48 buat teha nangis depan aku sebab aku sweet sangat. Haha. 
*seems impossible much yet still possible to happen at normal human being*
#49 satu peti ais. penuh dengan ais. dan chocolate. dan anggur. done.
#50 scuba diving


cukuplah 50 malam ni. berejam perah otak.
kesemua impian tersebut tiadalah mengikut susunan dari terkecik ke terbesar.
semuanya bersepah. shuffle. besar kecik besar kecik.
ade impian yang dah tersimpan lama sejak mengenal dunia.
ade yg bru tercipta.
ade yg spontan dtg malam ni.

still, those dreams can still be changed literally from time to time.
as people's interest might change across time.

macam gua dulu suke sgt bende2 lasak sgt2,
berangan nak masok askar.
dpt msok PALAPES satu sem.
tros da taubat. bkn sbb kepenatan or tak tahan.
sbb unsur dalaman.
dan ia mengganggu keadaan iman aku yg turun naik,
dan mengganggu keje dakwah aku yg xkan pernah habis
yg paling utama tentunya.
dan aku yang masih belom yakin, ckup qawiy untuk menapis unsur2 jahiliyyah lama.
masih usaha membuang karat2 yg lama.
kan salah satu cara untuk berubah ialah...
Bi'ah solehah. iaitu suasana yg baik.
dan suasana dalam PALAPES tiadalah membantu.
huhuuuu.
bukanlah nk kata PALAPES tu xelok.
cume aku yang masih belom bersedia. huhu.
apa2hal pun everything depends on urself kan.


ok. bakal sambung lagi 50 pd masa lapang yg lain. InsyaAllah :)


p/s : save the biggest dream at the #100th wishlists.










Mohon. diTerima ya.

Maaf dunia.
maaf.

Sepertinyaaa semua post2 gua sebelum ni macam bermasalah.
penuh masalah.

kalau xder masalah bukanlah kehidupan, ye dok.

tapi, kerana ke'cengeng'an saya,
tertempias semua masalah di warkah maya ini.

ku pohon 10 jari kerana menyerabutkan mata kalian dgn post2 tersebut.

(itupn kalau ade yg baca) *tgn didada mata ke atas*

tapi

tapi

this is my blog. sukati la nak tulis ape.

tpi ingat, ALL of this aren't yours.
pinjaman semata yer.
satu masa yg pasti,
kita semua bakal menjadi tanah. debu. hancur. berderai.

so so so,
be mindful of others please :)

ok. lots of love.

me


p/s : uweeeeeeeeee. da lme tak menaip. kekontangan idea.

New years's eve. KONON.

gosh! 
mental block. seriously.


its examination week.
no. not week. examination month. 
n not to forget, weekend also.

and still have to go through this,
for the next 6 months.
and the next 6 months.
and the next 6 months.
and thats it.

itupn kalo xsambung ACCA ke master or CIMA or 
any other professional programs.


macam robot kan?
belajar belajar belajar.
exam exam exam.

at the end of the day,
nnti keje bukan kene dgn bidang yg tengah blaja sekarang.
frankly speaking, accountancy is not my passion.

for now.


maybe for the next 1 1/2 year, i might fall in love with it.
I might.


we never know what the future holds.
as me myself never hold my heart either.
Allah holds it. He holds.
mungkin ade sebab kenape masih xmampu mencintai bidang ini.

ataupun,

masih mencari potensi diri mungkin.


yes. indeed. 

am still searching. 

May Allah guides me.

dear family, friends, enemies, frienemies, 
all people around me...
help me. help me to find my own self.

fullstop.

p/s : permulaan 2014 yg xberapa nak baik. well January 1st is just a date aite, :')


Saturday, October 26, 2013

Kekonon je. Huh!

Tw x mood swing?
At one time, she's the happiest person in the world, at the next minute, she'll be moody as hell.

Rase mcm nk bgi sup kasut saiz 8 kan kt org cmni.
Haa, silakan!

*slap the face*

Yarh, that person is me. Yg annoying sgt tu.

Sepertinya hati ni tibe2 mcm xtenang. Memikirkan bermacam kemungkinan yg xpatut.
All of sudden, I became a negative thinker.
Unfortunately, I cant hide it.
Housemates sume perasan. Surely, I have something in my head.
Masalahnya, gua pn xtw ape masalahnya.
Mmg mencari masalah namenye nih.

Kebetulan tdi nk solat isyak, lantas gua tempiaskan segala kegusaran time solat. Ketika sujud.
Ok. Tenang jugak la.
Btol, hanya Dia la sebenar2 punca ketenangan.
Lepas solat, teros capai kitab mukjizat itu.
Sepertinya gua xsabar nk dgr kata2 hikmat dari Kekasih.

Surah Ad-Dukhan. Ayat 41 hingga 49.
Ya Allah, berderai air mata.
Aku terus teringat dia. dia. dia dan dia.
Sahabat2 aku. Yg aku sayang.
Kawan.
Impian aku hanya lah agar kita dpt berjiran kat syurga.
Walaupun kt dunia kau xsuke aku, kau xsuke aku tegur2 kau.
Tpi percayalah, semuanya aku buat atas dasar cinta. Aku xnk tergolong dalam golongan dalam ayat2 yg disebut kt ats.
Aku pn xnk kau tergolong jugak. Aku xnk. Aku xnk. Aku xsanggup.
Kawan, aku sayang kau. Aku xtw cmne nk bgtw, yg aku mmg sayang kau. Aku nk tarik kau sama2 masuk syurga. Pimpin tgn sama2.

Mungkin ini puncanya.
Selalunya bila gundah, Allah selalu temukan aku dgn ayat pujukan.
Tpi tidak kali ni.
Aku diberi amaran.
Tentang org2 yg byk buat dosa.
Mungkin Allah nk bgtw, sungguh jalan DnT ni bkn utk orang yg manja.
Get ur butt off!
Xyah nk mengada sgt. Dah ckup kuat kau bekerja?? Smpi nk rse gelisah xtentu hala?? Konon.

Cengeng.

Sudah. Campak semua keresahan. Campak laut. Bg ikan josh makan. Biar ikan tu yg resah.
Buat kerja. Jgn asyik nk rehat.
Org sekeliling masih banyak tak terDF lgi, pastu claim da byk kerja.
Hentikan kepoyoan ini.

"berangkatlah baik dgn rase ringan mahupun berat..."

Dah. Bangun. Hentikan!

*lap air mata laju2*

Thursday, October 17, 2013

Segar dan baharu.

Betul lah.
Mungkin akibat terlalu lama ngadap buku law. Penat otak mungkin.
Lantas gua mengalami kecelaruan perasaan.
Tetibe haru xnk belajar.
Xsemangat nak habiskan baki degree yg lagi 2 tahun.
N it was 2 o'clock yesterday.
So, both my mind n my body couldnt function very well.
End up, mental block.
Haha.

So, after good hours of sleeping. N rest. N watch some videos. N not to forgot, my source of peace...
QURAN of course.

Andd here i'm. Feel so new.

But still,

No love for accountancy.
Perlu dipupuk mungkin.

Ok then. Tra.

Kembali mengguggat keamanan

0121am - rumah sewa, seksyen 7.

ku membelek-belek buku corporate finance.
chapter 1, 2, 3... sepertinya xde satu pn yg ku dah belajar.
ku xpaham, tpi diri sendiri xtahu ape yg aku xpaham.
mata masih celik segar bugar,
tpi kepala ni rse berat. bagai da xmahu memproses utk mentelaah.
mungkin sudah terlalu bekerja keras utk 'corporate law' tadi.

ku lihat tepi meja,
selonggok lagi kertas2 buku2 yg mintak di'study'
ahh, assignment xyah cite. 
selagi blom final sem, selagi tu..timbunan assignment xkan penah surut.

lantas aku berfikir sejenak,
sungguh, ini bukan perkara yang aku minat. suka.
aku belajar penuh rase terpaksa.
accountancy. 4 tahun. blaja2, graduate. abes cite.
nampak mudah kan?
indah khabar dari rupa.

frankly speaking, sekolah dulu blaja lagi susah kowt.
lagi2 biology. banyak bende nak kene hafal.
tpi aku suke. minat. cinta.
aku rela habiskan berjam2 wat rajah2 anggota manusia, kaler2,
buat nota cantik2. conteng2 rajah jantung kt dinding.
malah, aku blaja extra. aku bukak ensiklopedia biologi.
supaya dpt kefahaman lebih.
aku suke addmath. aku buat sume past year paper. tanpa disuruh.
aku buat semua latihan yang wujud kt kedai buku.
berbungkus2 test pad aku habis sebab buat latihan addmath memanjang.
masa dan usaha aku diperhabis utk dua subjek tersebut.
aku xkesah. aku suka.

Allah. betapa aku rindu semangat itu. that passion.
i lost it.
sekarang..aku buat assignment bila disuruh.
study bile perlu. xder lebih2. mne yg perlu je.
bila belajar tanpa cinta, study pn xbersungguh.
bila xbersungguh, xder rse nak ajar org lain.
bile xajar org lain, ilmu susah nak melekat.
abeh tu cmne nak maju???

"then, why taking accountancy at the first place??????"

seriously, I DONT KNOW.
my mom asked to proceed on this field.
as an obedient daughter, i just follow what she said.
dgn mengharap ada berkat bila dpt keizinan dari mak.

after 2nd year of accountancy, i told my mom that i dont wanna be an accountant.
then this conversation happened,

mak : "abeh tu npe amek akaun...?"
me : "dulu mak suruh, nurul ikut je"
mak : "nurul xcakap pn yg nurul xminat..."

lpas dua tahun baru sedar yg kitorg sebenarnya ade miscommunication.
Allah...

aku xmampu nak patah balik. aku dah buat keputusan ni dulu.
aku dah lalui separuh jalan da pun.
sgt membazir kalau aku patah balik.
i have to bear the consequences.
i have to hold my passion for the time being.

.................................. tapii .............................

tapi subjek ni sgt susah. kadang aku hampir putus asa.
macam mane aku nak teruskan.
perlu perasaan cinta yg tinggi utk memahami subjek ni.
untuk master subjek ni.
aku rase lemah. bodoh.
aku rase macam robot. belajar je. ikut sistem. ikut buku.

*air mata jatuh*

"dan janganlah kamu (merasa) lemah dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman,"
( 3 : 139 )

kerana Kau, Allah, aku mesti kuat.
kerana Kau, aku mesti cinta.
please, do guide me 

:'(

0157 am. -yg serabut-
ketidakstabilan hormon mungkin.



tutup buku.


Wednesday, July 24, 2013

rase nak terjun KLCC

Assalamualaikum.
Already half of Ramadhan has passed,
and how's your 'amal? tilawah? deeds?
the most important, how's your IMAN?
well, your call.

*mode bahasa melayu xbaku*

dah 3 bulan menyepiii. kekonon busy.
xsempat nk post. xsempat nk menaip.
xcukup masa. kononnye lah.
padahal sume org dpt 24 jam yang sama. xder alasan.
huh!

fuh, dapat tarbiah free dari Allah. 
sedepuk SETEPEK ke dahi.

*ketuk kepala kt dinding*

kisah ni berlaku kt shah alam.
biaselah, petang2 orang baru balik keje. kereta sgtlah banyak.
fikiran bercelaru. drive tak fokus.
tup3. wa terlanggar kereta orang depan.

berdebar? takut?? hrmm, da lali. slalu sgt eksiden.
da lali sangat, pastu kene bayar ganti rugi sampai RM700++ baru nk melompat terkejut xhengat.
melatah kalah joyah belakang umah.
menggagah2 nak korek tabung doraemon yg da bersawang tu.

*pecah tabung* *kluar due posen. sahaja*

haihh, rse macam nak sorok muka bawah tanah. 
rse macam nak lari gi australia, kawen ngn mat saleh, dpt anak mata biru.
pastu teringat bil2 tepon letrek air sewa umah xbayar lagi.
dapur yg da berhabuk 48 inci. barang keperluan umah yang perlu distock up.
minyak kete pulak da abes. 
kereta yg perlu diservis. waaaaa!!!



tapi wa terfikir,
Ya Allah, ape yg Kau cube bagitahu?
mungkin ini balasan dosa2 wa yang lepas.
lantas terkenanglah segala jahiliyyah2 yang konon da tinggalkan.
n melekat balik. n tinggalkan balik.
gayanya macam orang tak serius dgn dakwah.
tak serius nk sayonara jahiliyyah.

*nanges laju lajuuuuu* *air terjun niagara*

Allah bagi cash. Allah tegur secara terus.
Tibe2 wa rse bersyukur dgn eksiden ni.
Allah xbiar hambaNya terus lalai. 
Allah sayang hambaNya yg hina ni.

*hembus hinnguss*

bersyukurlah dgn tiap dugaan yg Allah turunkan.
setiap kejadian itu tiada yg sia2.
ku adukan semuanya di dalam sujud,
ku alunkan ayat2 hikmat al-Quran.

"ketahuilah dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang.."

ohhh, ayat cinta itu.
*senyum nampak gigi sorg2*

kini hidup kembali terurus. even ade hal yang xsettle lgi,
tpi xper. selesaikan satu2. 
ikut kepentingan.

peah becok : eyh, ko buat ape ape kat shah alam?? cuti kan??

haaa, lupe. 
ni lagi satu pengajaran.
bila kita berdoa, Allah akan balas dengan 3 cara.
1) makbulkan
2) nanti2, belom masanya.
3) xpe2. ade yang lebih baik menanti.

utk Ramadhan kali ni, wa berharap sangat untuk tidak duduk di rumah je.
sbb ape?
nk mentarbiah diri.
Rumah itu sgtlaaaa selesa. heaven. dan yang pasti..
MELALAIKAN.
wa perlu keluar dari sangkar selesa ni,
kluar kt dunia yang penuh mehnah yg mampu memberi ibrah.
wa nak merebut ganjaran Ramadhan itu.
wa teringin nk mencapai 'tattaqun' itu.

know what, Alhamdulillah. Allah makbulkan hajatku itu.
utk keluar dari sangkar itu.
wa dapat program internship kt Telekom.
sampai habis cuti.
this is not what I expected, but hey..
perancangan Allah itu yang terbaik kan :)

happy RAmadhan Kareem! woot woot!




p/s : nak bawak motor je lepas ni. stress bawak kete.






Tuesday, May 28, 2013

whassup yo! its been a while..

adelaa si polan ni, sedang meneliti mutaba'ah amalnye,..

"alhamdulillah, minggu ni aku dah wat qiam..hari2 kowt!"
"yeay! selesai puasa sunat. hoyeah!"
"rawatibb, sunat hajat,..sunat dhuha...CHECK!"
"fuh, penuh mutaba'ah amal aku minggu ni. pergh! rse sgt ohsem mcm superman yo!"
*sambil tersenyum girang*
"banyaknye amalan aku minggu ni. woot woot!"

errrr...bro, rse cukup bro? rse ohsem?
nah, bace ayat ni..


"Katakanlah (Muhammad), Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedang mereka mengira mereka telah berbuat sebaik-baiknya" 
(18 : 103,104)


ZAAAp!! 
ingat dah baik sangat ker? ingat cukup amalan2 tu?

*nangessss*


first time dgr ayat ni, rse mcm ade batu besar himpap kepala.
GEDEBAB!
teringat solat tunggang terbalik, yg entah khusyuk ntah tidak,
solat lambat laa,
itu baru solat. blom lagi puasa, mengaji, zikir sume...
cukup ke sume tu nk bawak masok syurga.
ingat ye, syurga tu mahal okeyh. MAHAL.

Bayangkan, Saidina Umar yang dijanjikan syurga tu pn, boleh pengsan bila dengar azab2 Allah yg disebut dlm Quran. boleh menangis bila dia terasa mcm amalannya xcukup untuk menghilangkan dosanya waktu zaman jahiliyah beliau.
tu Saidina Umar kowt! Saidina Umar yg hebat dan garang tu. 

*nanges laju lajuuuu*

ni lah masanya, muhasabah balik amalan harian kita.
muhasabah balik dosa2 kita.
muhasabah balik akhlak kita.
yangggg penting, muhasabah balik NIAT.
iye. niat.
hadis 1 ade sebutkan, sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat.

mungkin, mungkin, mungkin,
amalan kita jd sia2 tu,
jdi macam debu asap berterbangan ditiup angin tropika iklim khatulistiwa,
sebab niat kita.

sgtlah rugi, kita susah payah mengerah keringat tulang 10 kerat.
membuat kebaikan kat dunia,
sampai kat akhirat, waktu dihisab,
PHUUHHH!
amalan kita terbang gitu jer, sia-sia.
so, ape lg yg tinggal utk dihisab??
nau'zubillah..moga kita dijauhkan benda tu terjadi kt kita.

jadi, camne utk tidak tergolong dalam golongan yg disebut dalam ayat kat atas tuh?
tajdid niat la of course. ikhlas.

*ni salah satu cara yer, byk lgi yg boleh dibuat*

tak dinafikan, xmudah utk ikhlas.
analogi ikhlas tu sendiri, 
macam semut HITAM yang kecik, atas batu HITAM, dalam keadaan malam yg HITAM. gune night vision pn blom tentu boleh nampak semut tu tw.
nak katanya, ikhlas tu adalah sesuatu yg kita xnampak.
besar ke kecik, kita tak nampak. itulah sebabnya, hanya Allah je yg mampu menilai keikhlasan hamba2Nya.
ok la. kita bagi pemudahcara yer. boleh cuba di rumah.

cuba bayangkan dosa kita setinggi gunung everest tu..
*errr, everest xcukup tinggi kowt, double triplekan everest tu..*
dan, bila2 masa je gunung tu akan jatuh himpap kita..
sanggup ke nak tanggung?? penyek terkena himpap ade laa.
jadi, ape patut kita buat utk hancuskan dosa2 tu sikiit sikiittt,
haruslah dengan beribadat.
*ingin ditekankan kt sini, beribadat bukanlah dengan hanya sujud rukuk di sejadah kemudian berteleku di masjid sahaja yer, sila luaskan skop ibadah itu*

remind balik, cukup ker, dgn amalan aku yg sebegitu begini, nak hilangkan dosa aku yg menggunung tu..???
tiap kali bila kita rase cukup, ingatkan balik diri kita dgn analogi ni.
dengan beristighfar sahaja pn, dah mampu hilangkan serba serbi dosa2 kecik, kan kan :)
Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang :')

*ambik kotak tisu. hembus hingus. kesat air mata.*

janganlah sesekali merasa cukup, merasa bosan dgn amalan.
perbaiki amalan tiap2 hari. ikhlaskan hati.
malas? penat?

nah, tengok ayat ni.


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 
(9 : 41)


"berangkatlah" itu boleh membawa maksud, 
bangun untuk beribadat, bergerak kt jalan dakwah ni,
berjalan kerana Allah, dan yg seangkatan dengannya.

"baik dgn rasa ringan maupun berat", baik tgh rajin ataupun malas.
baik tgh lapang ataupun busy. baik ape juga rintangan,
berangkatlah! 
get ur butt off from ur comfort zone!!
chayok3!

so so so, agak2 macam malas nk solat sunat ke apa kan,
marah diri sendiri. berangkatlah!!
kasi sentap sikit. 




p/s : frankly speaking, mcm da give up senanye dgn blog ni..tpi... Allah membantu. Innallaha ma'ana :)


Sunday, February 17, 2013

dia juga manusia!

Minggu lepas wa pergi kem TOT. training of trainers.
4 hari, 3 malam.
sgt ohsem dan sgt penat.
kalo nk citer pasal keseluruhan kem tu kat cni,
alamatnye 7 hari 7 malam xabes.
fuh3. very beneficial indeed.

mse kem tu, kami diberi satu ceramah.
dari lecturer uitm jgak. n she's indian.
dalam keadaan penuh ketidakwarasan, akibat xcukup tidur.
wa tabahkan diri untuk dgr ceramah beliau.
serious best. thumbs up!

she told us not to be judgmental n respect others.
xkesa la, org tu gay or lesbian or cleaner or beggars ke..
xkesa la ape kesalahan yg org lain buat...
u must respect others. they are human too.
n ade perasaan jugak. mcm semua manusia.
dont be too skeptical and stereotype n all that stuff.

know what,

this principe are very similar to this..

"bencilah dosanya, bukan pendosa."

see, nampak tak.
yes. they make mistake. they are wrong.
tpi perlu ke, nak membenci orgnya? manusia lain?
perlu kah kita nak membenci mereka yg jugak makhluk Allah.
lgpun, siapa kita nak menghukum mereka dgn layanan yg buruk.

dosa dan kesalahan, biarlah Allah yg balas.
tu bukan kerja kita.
kerja kita ialah menjadi khalifah.
yer! menjadi khalifah.
memakmurkan bumi Allah, dgn membimbing sesama manusia utk berpegang dgn agamanya.
dakwah. menyampaikan.
itulah tujuan kita diciptakan.
itulah kerja kita sebenarnya.
bkn menghukum. itu diluar kuasa kita.

dgn siapa2 je kita boleh dpt pengajaran.
mengambil ibrah. ohsem.
dlm keadaan mengantuk yg teramat mendengar ceramah tu,
sempat wa menghadamkan perkara ni.
simpan kemas2, supaya time nk post kt blog xilang idea.
ngeh3.

good job, Madam Roslin!

*lama sgt da kering idea :(*


p/s : baju2 balik dari kem xabeh kemas lagi. rse mcm nak biar cenggitu smpi masuk sem baru nnti. bulan mac. :)

Thursday, February 7, 2013

lil bit make over :)

Some eye shadow, blusher, lipstick...
here and there...
and...
WALAH!

new face on this little mole.
comes with new spirit. Insya Allah.

tajdid niat. tajdid niat.

Insya Allah. biiznillah :)

Wednesday, February 6, 2013

Present moment. most valueable.


Last week, wa pergi putrajaya.
Dgn tujuan utk mengejutkan diri yg lpe xhengat dunia nih.
Lagi2 bila cuti.
Mutaba'ah amal ntah kemana, jahiliyyah merata2.
Lantas wa mengambil langkah, utk bergumbira.
Berbulatan bersama kawan2 dri maahad.
Hoyeah!
Lps selesai, sje2 nk dtg skola lama wa.
Bersama satu matlamat yg jitu,
Nk jumpe cikgu fizik yg ohsem yg bakal pencen bln mac nih.
Sedih ok. Lps ni da xder mood nk dtg maahad da :(
ohoo, cikgu masih sme. Ohsem seperti dulu.She soooo like my second mom.Plus, perangai pn lbih kurg :-) Sempat beliau menyampaikan nasihat, walaupun sikit.Tpi bermakna.

"Study brape lame tu xpenting. Yg penting ialah keberkatan dan redha Allah, kalo study lme2, tapi xberkat, Allah xredha, xgune jgak"


Yup. Meaningful indeed.Ditakdirkan, hari tu ade ceramah maulidul rasul.
Yarh! just what i've been looking for.
Mgkn Allah xnk kedatangan kami, hanya pulang dgn tgn kosong.
Mule mcm xterpikir pn nk pegi ceramah tu.
Memandangkan itu aktiviti sekolah, n we're no more hamidians.
All the sudden, cikgu ajak pergi ceramah.
I was like, why not? Tgh cuti kowt.
Drpd balik umah berjimba sambil tergelak berdekah-dekah tgok sitcom how i met your mother, bek dgr cerita pasal Kekasih.
Sambil2 menunggu penceramah dtg, wa tggu luar masjid.
Konon nk bentang karpet merah kan.
*inisemuapoyo*So, berduyun2 la adik2 junipr dtg salam n menyapa dgn excitednya.Untung xder yg mintak otograp.
Bajet retis mak!
*tgn didada mata keatas*
Seriously, seronok bila adek2 tegur. Tpi sayangnya wa xingat dyorg.Sedih tahap petala tw. I've met most of them. Tpi xder stu pn yg ingat.Pejadah trok sgt tahap pelupanya nih.
Ni lah kes org makan semut sambil tgok tv -,-
Dear juniors, lpas ni kalo jmpe kt mne2, tego je eyh.
Jgn lpe sebut name skali. Hihi.

Ok, back to basic.
Its a fun lecture.
Ustaz Adlan Aziz mmg ohsem.
Tegurannya sinis n tepat mengena n kelakar.
Humorous n beneficial. Thumbs up.
Sedang2 seronok mendengar, 2 org adik junior dtg kt wa,
Sambil hulur tgn tanda nak undur diri.

"Eyh, ceramah xabis lagi dik"
"Err, nak balik asrama, mandi. Nnti ramai. Berebut."

There's nothing I could say.
Dyorg ni nak mengelat la nih.
Ikut hati, geram la jgak.
Ustaz ni tgh cakap psl Kekasih, kau nk lari!
Babap nak???? *over pulak*
Tpi difikir balik, hrm....
Mcm wa zaman sekolah dulu. Haish, sebijik.
I admit that, wa sekolah dulu xbaik mane.
Siap masok dlm list wanted. So,pepaham lah.
Bab2 ponteng ceramah n segala mcm aktiviti sekolah mmg wa da pro.
Tapi itu dulu lah, toksah diungkit kisah lama.
Tutup buku.

Dulu time sekolah, asal ade ceramah je, nak ngelat.
Sekarang, ke hulur ke hilir mencari2 aktiviti sebegini.
Waktu sekolah dulu, every week ade ceramah.
Petang2 lpas ma'thurat ade tazkirah.
Hampir setiap hari diingatkan.
Setiap hari hati dididik.
Senior2 pn selalu tegur, bile ade wat salah.
Tiap mlm bace al-Mulk.
Betapa wa rindu suasana itu, bumi ulama' itu.

Biasala tu, manusia.
Bila ade, xheran. Bila da xder, terhegeh2 merindu. Baru nak hargai.
Tiadalah nikmat itu terasa nikmatnya, jika kita tidak kehilangannya.
Contoh,
Manusia selalunya akan lebih menghargai nikmat sihat, bila da jatuh sakit.
True story bro.

Bro bro n sis sis sekalian, hargailah apa yg didpn anda sekarang.
Hargai mak ayah. Keluarga. Kawan-kawan.
Hargai sekolah anda.
Hargai kesibukan pergi kuliah, wat assignment, etc.
Hargai rakan sekerja anda.
Hargai big boss anda.
Believe me, what u have now, u only have it once.
Once u lose it, u'll never get it back.
Appreciate for what is in ur hands,
At least when u lose it, there will be no regret.
Appreciate. Be grateful. No regret :)



P/s : kedatangan ke maahad yg tak dirancang tpi punya manfaat berganda2. Sungguh, perancangan Allah itu yg terbaik. DIA lah yg Maha Tahu segala.

Thursday, January 17, 2013

Haish, tak imbang??


Sabar..sabar..lgi brape jam je. Fuh fuh fuh. Teruskan usaha
Jgn berhenti! Semangat2! *ikat kain merah kt kepala*

(30 minit kemudian)

Waaa! Npe jawapan xsama! Kenapa tak imbang!!??!!
Tell me why???? Why???whyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!

(2 jam kemudian)

Tak imbang lagiiii??!!!!! Waaaaaaaaaa! *cabut kain merah, dan tidur*

Situasi berikut adalah situasi yg dialami student akaun bila buat financial statement,
Total asset not equal to total equity n liability.
Bila total decrease/increase cash flow xsama dgn net increase/decrease of cash and cash equivalent.

Makcik peah : hello, cakap bahasa melayu boleh x?

Ok, pendek kata bila jawapan ximbang.
Tapi bak kata lecturer wa, jawapan imbang pn xtentu jawapan betul.
Yup. Betol! Setuju sgt la tuh.
Masalahnye, kalo ximbang tu, kompem2 xbtol. *ok. Itu betul masalah -,-*

Badrul toncet : ape susah, jawapan yg ximbang tu bahagi dua. Mesti imbang.

Begitu mudah kau berkata – kata -,-

Kadang-kadang, jawapan da imbang. Sama.
Konon terer tahap petala la nih.
Hidung dah tinggi mcm mak jemah.
Bangga bak hang dpt jawapan sama, rasa bagai dunia kau punya .
Bila check2 jawapan, figure yg imbang tu..xsama dgn jawapan.
Itu double triple stress tahu. Haish.
Bila difikir balik, lebih kurang mcm addmath.
There are so many methods to find the solution,
at the end u’ll get the same answer.
Bezanya, jalan panjang or jalan pendek.
Jalan mudah or jalan susah. Paling parah, xder jalan. *eh?*

Even in any subjects, 
the ways of understanding the method and the subject itself are vary.
Contoh dalam akaun ni..*mood study akaun*
Ade org yg cari final answer gune akaun T,
Ade yg prefer gune debit credit, or journal entry.
Ade yg main bantai tolak tambah je.
Regardless of their method, jawapan mesti sama. Selalunye lah.
Bila wat latihan banyak2 yg tak imbang, lama2 da tak heran.
Lantak la imbang ke tak imbang. Asalkan wa buat, wa paham.
Kadang-kadang soalan tu bukannye betol sangat…
*ha, nmpk tak terlebihnya self-confidence disitu -,-*

Know what, konsep untuk dapatkan jawapan imbang ni..
Sgt berkaitan dgn hidup kita taw. Xnampak?
Ok. Gini.
Tujuan buat financial statement ni sbb nak tgok current financial position of your company.
Tipuuu. Tu jawapan dalam buku.
Yg sebetulnya, aim sebenar, nak dpt jawapan imbang je.
So, kita akan tengok..betapa bakal2 accountants ini akan berjerih perit memerah keringat berbelas-belas jam hanya sekadar utk mendapatkan jawapan seimbang.
Kalo study group tu, dah mcm wat mesyuarat meja bulat. Dok library sampai tak ingat waktu makan tidur siang malam.
Tak tipu. Ni lah symptom student yg tgh study subjek akaun.
Termasuk wa sendiri.
Tapi kita lupe, nanti time exam..jawapan yg imbang tu..xder diberi markah pn.
Pemeriksa akan lebih tgok kpd figure2 yg lain dan jalan kerja.
Paling penting, kene buat jalan kerja.
Xder jalan kerja, xder la markah.
Kadang, org yg jawapan ximbang dapat markah lgi tinggi drpd org yg dapat jawapan imbang.

Just like in our life.
Allah tak tengok hasil kita. Allah tgok apa usaha kita dan bagaimana.
Allah tak tgok berapa pointer yg kita dpt bila hujung sem.
Allah tak tgok brape gaji bile hujung bulan,
Bagi penggiat jalan D n T pula,
Allah tak tengok brape banyak org yg kau dah ubah semasa berdakwah.
Allah tak tgok brape banyak program yg kau dah pergi,
Habis tu, buat ape kita susah payah bekerja kan?

hey! Kenalah bersusah payah, sbb yg susah payah tu yg Allah tgok.
Brape banyak kita usaha, brape banyak kita berdoa. itu yg Allah nilai.
Adakah cara kita halal ke haram.
Itulah seharusnya, bagi semua manusia yg mengucap kalimah syahadah.
Melakukan sesuatu kerja berlandaskan penilaian Allah, bkn penilaian manusia.
Bila semua pekerjaan dibuat kerana Allah, bayangkan..tidur pn dapat pahala.
Wohoooo, ohsem!
Kadang, Makcik cleaner yg kerja dgn ikhlas itu lebih dipandang Allah dari tokoh korporat yg menderma kt sekolah tahfiz pastu suruh masuk surat khabar,letak gambar cheque besar2 gedabak gitu.

Jadi kpd course-mate ku, esok paper akaun kita usaha sama2 ye.
Usahalah utk dpt jawapan imbang, tunjuk jln kerja.
Tpi kalo x imbang tu, xyah risau.
It’s still not the end of the world. Hehe. *bajet terer gitu*

“Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia”
(57 : 11)

Selain harta, bekerja dan usaha kerana Allah pun boleh jd satu pinjaman yang baik :)
Ingat ye, jangan bersedih bila usaha jerih payah kita tak berhasil di dunia,
Sebab Allah dah janjikan hasil yg super ohsem lumayan hebak tahap petala utk kita disana.
Jgn sedih bila kita kehilangan sesuatu yg sgt kita chenta sayang kasih,
Sbb Allah dah janji penggantinya lgi super saiya yg kita tak jangka.
Jgn bersedih bila kita tak dpt apa yg kita harapkan.
Sbb Allah nak bagi benda lain yg lg cun perfect hebak kt kita.

“……………Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(2 : 216)

jom meng'ohsem'kan diri. 
lillahi ta'ala. hoyeah!!


p/s : insan yg ade paper last esok, memang tabah carik line ternet utk post kali ini. phew.

Friday, January 11, 2013

rugi tahu!

kita sebenarnya rugi. ya, rugi.
kau, kau, kau, dan kaaauu manusia semua rugi.
e'eh, aku pn manusia.
yer! kita semua rugi. rugi. sia-sia!! warrgghh! stress!

"demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian....." (103 : 1, 2 )

time is running out! masa dah time!


nampak tu. Allah pn da bersumpah dgn masa.
Allah pn da ckap, manusia semuanya rugi.
rugi??? huhu..
habis tu, kenapa aku hidup? hidup utk rugi?
hidup utk menjadi sia-siakah? 
oh, tidak mungkin. tidak mungkin itu tujuan aku diciptakan.
Allah maha Agung. Maha Bijaksana.
segala kejadiannya berhikmah. konfem.
tpi kenapa Allah kata manusia ni rugi?
kenapa? kenapa? whyyyyyyy?

jap, surah al-Asr ni ade 3 ayat kan. aiyo, xabes tgok lagi maaa...

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran." (103 : 3 )

tu diaaaaaaa. ade pengecualian rupanya. Allah kan maha Pengasih. Dia xnak kita hidup sia2. 
tu, Allah dah bg panduan, pedoman utk kita tidak jd manusia rugi.
supaya masa kita xkan berlalu hi hi bye bye dgn sia-sianya.

golongan yg tidak rugi masanya ialah,
1- org yg beriman
2- beramal soleh
3- berpesan dgn kebenaran
4- berpesan dgn kesabaran

penuhi kriteria yg empat2 ni, jdlah kita manusia yg bermanfaat dan tidak sia-sia.

"kalo wat salah satu jer, still jd org yg rugi ker?"

wallahua'lam. tpi kalo ikut ayat dlm Quran,
Allah sebut 'wa' iaitu, dan. bkn 'au' iaitu atau.
kalo 'dan', maknenyer semua ciri kene ade la kan. bkn option.

--contoh--

ali : eyh, abu. tolong belikan aku aiskerm cornettoti DAN jajan mameeku DAN keyepci.

lantas abu mencapai kunci motor dgn kilat pantasnya dan trus menuju kekedai utk menunaikan hajat kempunan sahabatnya yg sedang pantang itu *eh?*

**10 minit kemudian**

abu : nah sahabat, khas kuterbangkan dari kedai sblh rumah utkmu.
ali : ABUUU!
abu : kenapa? apa salah aku wahai sahabat terchenta?
ali : mane aiskrem? mne mameeku? ini keyepci je nih.. waaa! ku xmahu hidup didunia ni lagi....
abu : oh, ingatkan td suruh beli salah satu je. kene beli semua eyh?
ali : aku kan kata DAN, bukan ATAU. baiklah, tiada siapa lg yg mampu mebgubat duka lara nestapa gua nih. selamat tinggal sahabat. sampaikan salam cintaku kepada si dia, cemot yg disayangi yg da 5 tahun xmandi. 
*ali gantung diri kt pokok taugeh akibat kecewa*

----THE END----

oklah, that story kind of exaggerate ckit. tpi thats the concept.
bayangkan, kita berpesan2, menasihati org dgn penuh kesabaran..tpi xberiman? acane tuh?
kita beriman, tapi xberamal..aii, tak boleh jdi.

itulah serba serbi salah satu intisari dari bulatan gumbira berseronok minggu lpas.
ayuh teman, manfaatkan masa kita yg pendek. yg singkat.
benda yg paling jauh kan masa lampau. masa yg da lpas mustahil dpt patah balik.
jgn dok caya cite omputih "back to the future 1, 2, 3, 4" n segala time machine yg dyorg invent konon2nya.
mustahil. jgn dok berangan.
kita boleh putar jam, tpi bkn masa.
yelah, matikan jam, putar balik ke pukul 6 tadi. 
no problem. anak buah wa yg 3 tahun pn da boleh wat.
masa? impossible.

so, mari mari mari. kuatkan diri.
say bye bye forever to jahiliyah,
mantapkan diri utk penuhi ciri golongan dalam ayat ketiga.
agar kita tidak dimasukkan dalam golongan dalam ayat kedua. Nau'zubillah.

kalo nak dibincangkan surah Al-Asr ni, sehari pn xcukup beb.
even surahnye pendek, pengajaran berjela bro.
tpi wa cuma boleh sampaikan yg segelintir je.
yelah, diri ini pn masih dlm usaha merangkak2 utk perbetulkan diri.
meningkatkan kualiti sbg muslimah dan pemegang panji agama Allah.
*cewwaaahh*
iyelah. setiap muslim dan muslimah itu pemegang panji agama Allah.
once kita mengucap 2 kalimah syahadah, tugas da'ie itu otometik ke bahu kita.
dan da'ie itulah pemegang agama Allah.
nmpk x equatioan dan formulanye disitu. 

Rasulullah sallahhaua'laihiwasallam pernah bersabda,
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"

"ballighu anni walau ayat" 

sgt ingat ayat ni sbb slalu nasyid ayat ni time sekolah rendah dulu.
tpi dah besar gajah zirafah ni baru paham maksud dan pengajarannya. 
noob gila -,-

ok. jom, jgn rugikan masa.
*semangat lagu semarak perjuangan by shoutul amal :)*


p/s : di rumah. mencari ruang dan waktu utk study :(