Sunday, September 27, 2015

Situasi

Minggu ni mood semacam up and down sikit.
Alhamdulillah, lepas seminggu lepak dengan keluarga,
muhasabah lebih,
sekarang dah tenang sikit.
dah boleh berfikir dengan waras.

Decided to move on with life. Focus to what is more important in life.
Bende remeh2 yang tidak2 ni jentik puiiii masuk longkang je.
Toksah toleh2 dah.

Anddd suddenly someone brought this matter up again.
Terus bercelaru balik.
Bercelaru dalam tenang.
Muka bajet cool, hati sapa tahu kann.

Bila fikir balik, somehow kena jugak cakap pasal hal ni.
kena jugak luahkan kat sape2.
lama2 simpan, meletup nanti.
End up, cerita je kat dia.

kadang seronok cerita kat manusia2 yang berlainan ni, pendapat diorang macam2.
Banyak pengajaran yang aku boleh ambil.
one of it, is this...


Hati manusia ni, Allah yang pegang. Hati kita ni pun Allah yang pegang.
Bila2 je Allah boleh ubah hati 360 darjah, sekelip mata gitu je.
Tiada apa yang mustahil pada Allah.

okla. gini. Kadang, kita bersahabat ni sebab kita nak ajak dia pada kebaikan.
Nak sama2 bimbing dia, bimbing diri sendiri jadi lebih baik dari hari ke hari.
So, kita bersabar je dengan kerenah dia. mengada dia. tak kisah. 
sebab nak ajak dia berubah. kononnya.
But still, ajakan dan nasihat segala semua tak membuahkan hasil.
Sama je dia dari dulu kini dan selamanya.
Macam takde function je kita ni bersahabat dengan dia.
Lama2 semacam fed up. Sudah. Enough is enough.
Kita makan hati dengan dia, bukannya dia kisah. Lama2 makan hati, sampai dah takde hati nak makan.
Konon dah habis sabar la nih.

Tapi kita LUPA. kita lupa yang hati tu sememangnya secara mutlak Allah yang pegang.
Kita mengajak. Kita usaha.
Dia berubah or tidak, bukan kuasa kita. bukan kita yang tentukan.
Kalau betul dia berubah pun, bukan sebab kita.
itu sebab Allah yang ubahkan hati dia.
So, dalam usaha mengajak tu, jangan terlalu mengharap yang dia mesti kena berubah.
"aku dah buat itu ini, dia kene mesti berubah."
This mentality is wrong! bahaya. seolah kita nak buat kerja Tuhan pulak.

Suppose kita usaha sedaya upaya semungkinnya, leave the rest to Allah.
Berubah or tidak, berharap pada Allah sahaja.
Bila sedar yang 'merubah' itu bukan job scope kita,
kuranglah rasa kecewanya. kuranglah rasa makan hati tu.
Boleh tajdid niat selalu.
Muhasabah balik, kenapa kita bersahabat dengan dia. kan kan kan.

and another thing,
pernah teringat dalam sesi 'bulatan' dulu,
sebelum ditugaskan jadi naqibah dulu,
aku selalu diingatkan,
biasanya "keberhasilan" anak usrah or org yg didakwahkan bergantung kepada keadaan or mutabaah amal akak usrah tu, or orang yang mendakwah.

Faham tak?

the thing is, everything relate back to yourself.
Bukan lah maksudnya kau kena betul 100% baru boleh mengajak orang lain.
kalau tak, takkan ade lah orang yang mengajak sana sini kan.
Kalau tak berubah jugak, fikir balik. Mungkin kerana kurangnya syukur kau pada Allah.
Mungkin kerana selalu solat lambat. jarang puasa sunat. etc.

kalau dah 40 tahun bersahabat, ajak itu ini and still sama,
mungkin compang campingnya pada diri sendiri.
Mutabaah amal yang tak pernah penuh. Tarbiyah dzatiyah yang celaru.
Pengharapan yang kurang pada Allah, tpi mengharap Allah ubah jugak hati manusia.
Macam tak tally je. tak selari. tak sesuai. 
Muhasabah balik, mutabaah amal apa citaaa???

Betul lah.
Ujian ni banyak betul mengajar erti hidup.
Belajar dari kesakitan. 
Rise up and be a better person.
yukennduwwitt!


p/s : dah tak reti dah nak susun ayat cantik2. if you want further explanation, jom jumpa. I speak better than I write. or type. literally.



Sunday, September 20, 2015

Sakit itu perlu

"Untuk memenuhkan diri dengan sifat mahmudah, kene tinggalkan yang mazmumah.
kalau tak tinggal, mahmudah tu tak melekat.
Analoginya, kalau nak cat dinding, cat lama kene ditoreh dibuang habis-habisan so that cat tu cantik dan melekat dan tahan lama tak berkulat2.
kalau tak toreh cat lama, boleh je cat baru tu. tapi tak lekat, xcantik bertompok-tompok, dan lepas setahun dah kene tukar baru. tak tahan.

tapii, camner nak tinggalkan yg mazmumah. esiaer said than done kann.
JAGA SOLAT.
sebab solat mampu hindarkan diri dari perkara mungkar.
kalo tak terhindar, maknanya solat tak betul la tuu."


Petikan ni saje aku ambik dari post2 yang lepas. time ni tengah intern.
Semangat taybiyyah time masih kobar2.
dalam usaha resolusi tarbiyyah, sebab 'kejatuhan' yang amat paling.
dan aku cuba mendaki sikit2 di tempat baru.

dan sekali lagi, petikan tu berjaya menjentik aku lagi kini.
bukan jentik kot, ni dah tahap sepak terajang berdebukkkk.

"kene tinggalkan yang mazmumah, kalau tak yang mahmudah tu tak melekat"

ceritanya, aku memang berkobar nak jadi yang baru. 
tapi lupa buang jahiliyyah yang lama berkarat tuu :'(
sampai aku tak sedar yang aku dah hanyut dalam ke'jahiliyyah'an tersebut.
hanyut hanyut dan hanyut.

dan sekali lagi, aku 'diselamatkan'
Allah :'(
Besar sekali kasih sayangMu.

Dalam ke'hanyut'an tu, aku disakiti. ditikam belakang.
Oleh orang yang aku paling sayang. paling percaya.
Sakit diaaaaaaaaa. Masya Allah. tak terkata.
hati rasa pedih. jantung laju. bermalam2 aku tak boleh tidur. 
takde mood nak jumpa orang. taknak makan. tak lapar langsung.
my head cant think straight. nak hidup pun malas.
rasa macam nak meletop. rasa macam nak tumbuk semua orang.
aku tak boleh nangis, my tears is too precious for stupid stuff like that.

dah lama tak rasa macam ni. 
last time masa 5 tahun dulu kot. by that person you-know-who.
or you-dont-know-who lah.

Cuba lah nak kurangkan rasa sakit tu, dengan jumpa orang tu orang ni.
Kurang sikit. but not for long.
bila sorang2 and terfikir balik, rasa sakit tu datang balik :'(

last skali, terfikir macam nak bagitahu mak. cerita kat mak.
dah tak kisah ape reaksi mak, apa jawapan mak, terima je,
I felt like, I really need to tell her. and I did. on the phone.
and her first response was,

"camne ni? mak tak jumpa gigi mak!"

I burst out laughing. kenapa random sangat mak aku niiiii!!!!
gila betol2 gelak tak hengat dunia.
Mom, I know your response will always be the best!
terus lupa sakit dunia. hahahaha


ok. thats not the point.
masa kat rumah, aku selalu mengadu yang aku ada masalah nak tidur.
tapi mak tak pernah mention pasal apa yang aku hadapi.
mak taknak komen apa2.
tapi bila mengadu, mak akan jawab,

"pegi ngaji. baca bismillah 21x baca selawat 100x baca zikir 1000x......"

dan segala macam nasihat yang berbaur begitu.

"ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang"

I never really recall how many times she told me to say the zikr, tapi yang aku paling ingat ialah pesanan mak yang suruh aku ingat Allah.

aku cuba buat apa yang mak suruh. 
and you know what, hati aku tak pernah setenang iniiii.
dan memang betul, bila 'sakit' tu datang, dan kau segera kembali padaNya,
kau akan merasakan yang,
all this pain is nothing. nothing. 
aku ada Allah yang Maha penyembuh, yang Maha penyayang,
yang paling tahu sakit lemah hambaNya, yang sentiasa ada untuk hambaNya.
bila sujud, aku rasa macam kena pujuk.

dahla kat rumah mak pujuk. dan sekarang ni rasa macam dunia betul-betul sedang memujuk.
macam manja pun ada ':p

dan dengan 'kesakitan' ni jugak, buat aku terpukul.
sedar hoiiii. ingat balik tujuan hidup hoiii.
kembali kepada fitrah. cari balik fikrah hoiii.
DnT kau apa citaaa.
sedalam-dalamnya aku muhasabah.
dan aku tersedar,

aku kene sekeras-kerasanya tinggalkan 'batu pemberat' yang menghalang aku melaju dalam jalan dakwah ni. yes.
mungkin bukan tinggalkan. but not too attached. not too dependent.
bersahabat dan rapat dengan orang2 baik. 
pada masa yang sama, santuni sahabat2 yang lainnya.
yosh! yukenduwiittt!


[dah. takyah nak layan sangat rasa hati tu. sebab kau tak tahu yang dilayan tu rasa hati ke rasa nafsu.]


p/s : kembali ke shah alam. tapi 'medan' yang berlainan. Professional papers is another game. tak sama langsung macam degree.



Monday, February 2, 2015

Buka mata pandang kesanaa ~

#Day 165

Lagi banyak org yang kita jumpa, lagi macam2 perangai kerenah yang kita kene hadap.
lagi bertambah soft skills nak bersosial dengan manusia2 lainnya.

dan secara tak langsung, lebih mudah nak santuni masyarakat dan bertambah kreatif nak berdakwah. hoyeah!

citenye gini,
semalam pegi mengopi.
mengopi bersebab eyh. bukan saje2 nak penuhkan bucketlist semata.
sebab nak jumpa seseorang.

this 'seseorang', sangatlah berminat nak join usrah.
she saw my contact number on tasha's intagram and straight wassap me.
from her texts I can see that she is very enthusiastic and she's only 20.
(ohmaiii tua nyaa diri ini)

niat asalnya nak je 'pass'kan beliau ni kat akhawat PJ memandangkan next sem nnti bakal ke Puncak.
dan PJ ke puncak sangatlahhh bermarhalah2 jauhnya.
Tapi xbolehlaa. kene kenal dulu.
There's must be a reason, kenapa Allah gerakkan hati dia untuk wassap aku.
sebab tu ajak jumpa jugaaa.

So, she's my blind date. hehe.

And there we were.
non-stop taaruf sampai 2 jam.
cakap tak ingat dunia jadinyaaa.
mungkin masa alam roh pernah berkawan, bila jumpa kali ni macam jumpa member lama.

haa, seronok seronok juga.
actually thats not the main point of my post here.

that 'seseorang', she didnt come alone.
she brought someone with her.
and that 'someone', is really is SOMEONE.

dia betul2 bukak mata aku. tentang macam mana keadaan gerak kerja aku sekarang.
betapa aku kene betul2 amati, prihatin, dengan masyarakat kini.
dia buat aku rasa macamm selama ni,

AKU TAK PERNAH BEKERJA!!

sebenarnyaa betapa semuaaa manusia, sejahat2, sesetan2 mana pun orang itu,
deep down inside,
dia mesti nak kembali kepada fitrah. kepada kebaikan.
cumanya kadang dia tak sedar itu,
keadaan keliling yang tidak menyokong,
tidak ditunjuk jalan,
tidak dibantu utk dibukakkan mata,
lantas mereka2 terus hanyut dan hanyut.

dan masyarakat pula kebanyakannya, terus menghentam orang yang konon 'jahat' ni,
terus menghukum.

"kau ahli neraka!"
"kau tak solat, kau berdosa!"
"kau tak layak hidup kt muka bumi ni"

Allah... *tekup muka*

please! berhenti menghukum. menghukum itu kerja Tuhan.
sang manusia teruslah buat kerja manusia. jangan menyibuk kerja yang sang manusia tak mampu. tak layak.

instead of kecam mereka dengan neraka dan azab, cuba bagitau mereka tentang rahmat Allah.
siapa kata mereka dah tak layak nak terima kasih sayang Allah?
ingat, Allah boleh bagi hidayah pada sesiapa saja yang dikehendakiNya.

ajak mereka mengenal Allah. merasa kasih sayang Allah.
betapa Allah masih beri mereka peluang untuk 'kembali'
betapa Allah sentiasa menanti hambaNya kembali ke 'dakapan'Nya..

Teringat dulu saat2 aku diketuk makcik 'hidayah',
akak naqibah tu tak suruh pn nak berubah 360 degree,
dia tak suruh 'hang pi solat, puasa, sedekah tak henti2"
tapi dia sangat tekankan kasih sayang Allah.
Kasih sayang yg melebihi kasih ibu terhadap anaknya.
so, pada saat aku merasa mcm tak de 'peluang' nak ke syurga,
Allah tunjukkan cinta Dia tangtang tu jugak.
drastik weyhhh! right on time!
mengalir air mata beb.
bukan takat air mata, air sungai air terjun semua mengalir deras siap berombak segala.

at the end, tanpa paksaan aku yang tergerak nak berubah sikit sikit sampai jadi mcm sekarang ni.
yg sekarang pun still lagi mencuba dan xkan berhenti mencuba.

Awak, terima kasih awak yer.
tolong bukak mata saya.
kejutkan saya yang dok lena dengkur xbangun2 dok selesa sangat dengan jalan dakwah sekarang.
buat saya sedar, banyakkkkkkkkkkkkk lagi jenis manusia yang saya xjumpa lagi, dan tak tahu.
dan banyakkkkk lagi orang kat sana sinun sunun yang inginkan 'ini',
yang perlu saya dekati, santuni, cintai.

Tudung pink tu kawan sekolah. jubah hitam tu kawan baru yang 'sesorang' tu :)

Sejujurnya, bakat menulis dah ke laut.
banyak lagi nak cerita, I just dont know how to express it.
nak tahu cerita lebih, meh jumpa depan2.
orang kata saya penglipur lara terhaibatt. haha.

*cut if off. jangan riak sangat*

okla. the truth is,  I speak better than I write.


p/s : macam rindu kisah semalam pun ada. sebab dpt makan sedap. heeeeee :p






Monday, January 26, 2015

Indahnya unplanned

#Day 158

Kisahnyaa, hari ini masih intern.
dan masih jobless.


THE END












k tipu.
belum THE END lagi.
ceritanyaa, sedang2 jobless dan men'doodle' kt office,
tiba-tiba tangan lajuuu je mesej akak naqibah,

"akak, free x? nak jmpe malam ni"

tiba-tiba means, literally tiba-tiba.
xtahu la rindu ke, hati kering ke apa.
tapi memang tetibe rasa nak jumpa.

*ataupun memang rinduuu*

so, plan ptg lepas office xnak balik rumah. terus straight jumpe akak.
tapi nak lepak dulu kedai kopi mana2 sbb nak jumpa pkol 930.
tapi seriously, lepas pkol 530 mcm clueless sebenarnya.
coffee shop mana aku nak pegi? nnti nak solat kt mana? nak makan kat mana?

dah malas sgt nak fikir,
masuk kereta,
pasang enjin,
tekan minyak broomm broommm,
tiba-tiba 'humaira' (kereta saya gegel) bawak pegi masjid hasanah.

......................................

selesai solat, ade tazkirah maghrib.
share sikit main point tazkirah kt sini.


Untuk memenuhkan diri dengan sifat mahmudah, kene tinggalkan yang mazmumah.
kalau tak tinggal, mahmudah tu tak melekat.
Analoginya, kalau nak cat dinding, cat lama kene ditoreh dibuang habis-habisan so that cat tu cantik dan melekat dan tahan lama tak berkulat2.
kalau tak toreh cat lama, boleh je cat baru tu. tapi tak lekat, xcantik bertompok-tompok, dan lepas setahun dah kene tukar baru. tak tahan.

tapii, camner nak tinggalkan yg mazmumah. esiaer said than done kann.
JAGA SOLAT.
sebab solat mampu hindarkan diri dari perkara mungkar.
kalo tak terhindar, maknanya solat tak betul la tuu.



itu kot main point yg still terngiang2 dlm kepala sbb tersentap 78 tusukan dengar kata2 tersebut :'(
bestnya pakcik yg bagi tazkirah ni dia bagi analogi zaman kini. ohsemmm.

Mungkin ini cara Allah nak ketuk, tegur diri ni, slalu solat lambat.
Rukun tertib tama'ninah sume terjaga or tidakk.
All this was unplanned, tpi ditakdirkan dpt tazkirah. Topiknya setepek kene muka pulak.

Nothing happened in vain. 

lepas makan sushi, 
(xjadi lepak kedai kopi)
terus jumpa akak.
Things about akhawat ni kan, 
kalau lepas jmpe dyorg2 ni mesti mcm ter'refresh'.
ter'energize'.

She made me realize that, ada sebabnya kenapa aku tak mampu nak berlemah lembut sopan santun mcm akhawat lain.
ada sebabnya kenapa aku dilahirkan dalam family yg kalau bercakap mmg 86km jauhnya da boleh dgr.
There's always some reason.
kenapa?

nanti2lah cerita. kalau cerita sini 9 hari menaip belum tentu habis. dah boleh buat novel.

fuhh, dapat semangat baru.

bilamana dunia dipandang dari kaca mata 'kerana Tuhan',
sekecik-kecik zarah kejadian sehingga sebesar-besar peristiwa,
seburuk-buruk musibah sehingga sebaik-baik nikmat,
semuanya diasaskan kembali kepada Allah.
sentiasa dilihat punya hikmah yang Allah nak beri. tunjuk.
kuncinya, rasa dan lihat dengan mata hati. celik.




p/s : kalau nak melepak 'doodle' sorg2, please pergi kedai coffee. pergi sushi rase mcm loser. semua ade teman, aku makan sorg2.


Thursday, January 22, 2015

Harapan sentiasa ada.

#Day 153

sedar tak, masyarakat kini tengah parah. tenat.
tenat setenat tenatnya. 
(cuba cakap tenat banyak kali, eventually it sounds weird. haaa)

kalo sakit kanser tu, kononnya macam dah stage ke 10. 
itulah tahap keparahan masyarakat kini.
dengan masalah sosialnya, zinanya, hendonism, kpop laa, corruption, pemimpin zalim dan segala 'penyakit' yg tak tersebut sbb banyak sangat.
lagi2 sekarang ni dengan internet n media sosial yang rancak yang jadi salah satu medium cptnya 'virus penyakit berjangkit' ni tersebar. fuhhh.

but bear in mind, tenat camne pun,
sentiasa ada secebis sinar harapan yang Islam ini akan tertegak.
masyarakat akan kembali 'sihat'. harmoni.

"eyh, kata tenat, camne ade harapan pulak??"

yer, kita masih punya harapan. 
sebab kita ada ALLAH.
Bumi ni kan Allah punya.
tentunya pertolongan Allah akan datang untuk pejuangNya di bumiNya.

Dulu, As-Syahid Imam Hassan al-Banna telah nampak ketenatan masyarakat pada zaman itu,
dan dengan inisiatif sendiri dia cuba untuk cari 'penawar' pd penyakit umat pada masa tu.
Mula2, beliau datang berjumpa sheikh2 ulama menyatakan kerisauannya dengan parahnya umat Islam. 
nak taw ape jawab sheikh2 tersebut?

"selamatkanlah diri kamu dari ketenatan ini. kerana kami sudah tak punya jalan lagi." 
kata mereka sambil menangis2 mengenangkan keadaan umat Islam.

jawab beliau,
"kerana parahnya umat Islam kini, jangan sampai roti di tangan yang kamu pegang sendiri boleh hilang, kerana usaha kamu untuk menyelamatkan diri kamu"

maksudnya, kerana kita tak cuba untuk menyelamatkan masyarakat dan hanya cuba selamatkan diri sendiri saja, akhirnya sampai diri sendiri terhanyut hilang kerana kuatnya arus kerosakan masyarakat tersebut.

Imam Hassan al-Banna berasa sangat bertanggungjawab untuk menyelamatkan masyarakat tenat pada waktu tu. Beliau bersama rakan2 gurunya memulakan langkah awal 'rawatan' dengan turun di kedai2 kopi untuk menyantuni masyarakat.

kedai kopi okeyhh! kedai kopi.
bukan pegi masjid. pegi kuliah.
tapi kedai kopi.

dan dengan idea awal dari beliau, gerakan2 'rawatan' mengubati umat masyarakat masih bertebaran luas hingga kini. 
bayangkan betapa banyaknya pahala beliau tetap terus berjalaan bertambah, walaupun beliau sudah tiada di muka bumi. Allahh :'0


"Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam"
(21 : 107)

kenapa tiba2 adanya ayat diatas? ni nak cite sikit.

Nabi Muhammad SAW, adalah utusan Allah yang terakhir bagi SELURUH umat zaman akhir ni.
dan tugas seorang utusan ialah untuk.....

MENYAMPAIKAN

itulah salah satu sunnah rasulullah yang terbesar iaitu, dakwah.
sebab itulah Nabi Muhammad SAW dikatakan adalah rahmat bagi seluruh alam.
kerana dakwah yang disampaikan bukanlah untuk umat/kaum tertentu, tapi untuk umat satu dunia.

'Rahmat' tu sendiri ada banyak maksud.
tapi salah satu maksud yang disebut kat sini, rahmat tu mcm kebaikan/keharmonian yang terjadi bilamana manusia mendekatkan diri pada Allah.

Analoginye cenggini la,

bayangkan tiba2 satu hari, Malaysia menang World Cup.(perghhhhhhhhh!!!!)
bestkan? macam satu rahmat bagi rakyat satu Malaysia xkira kaum.
bila dah menang, mesti player2 Malaysia akan diinterview.
then interviewer tanya,

"apakah rahsia kemenangan anda?"

lantas player tersebut jawab,
"kerana kami berlawan untuk mati, manakala penentang kami berlawan untuk hidup"

boleh nampak tahap kebergantungan kepada Allah sgtlah perghhhhhh, speechless.
kerana dekatnya manusia pada Pencipta, maka turunnya rahmat & keharmonian dpt dikecapi.

the key is, dekatkan diri pada yang Maha Mencipta


tapi ni analogi jer. contohhh contohhh. contoh k.



nak kata disini, konsep dakwah ni boleh kata macam konsep 'membawa rahmat pada seluruh alam'
but how???

means, kita usaha untuk berubah jadi baik, tapi bukan baik sorang2.
eyh, haruslah!
xkan nak masuk sorga sorang2.
mesti nak ajak member jiran tok mak tok nek acik andak acu semuaa sekali main tengteng sama-sama kt sorga.
best kannnn :')

haa, jom jadi umat terbaik sepanjang zaman.
dengan amar makruf nahi mungkar.

haii, mudahnya berkata2.
kalaulaah semudah itu.
but heyy, kenalah susah sikit. Allah tengok tw.
Nanti 'kesusahan' tu dapat jadi bukti kat 'sana', yang kita dah usaha tolong agamaNya.
Ada laaa saham lebih sikit.
Cover sikit dosa bertingkat2 tu. Kalaulah boleh cover kann
*jantung ditusuk sembilu bisa*
*bertebaran air mata, sambil darah hidung turun mengalir deras*

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” 
(9 : 41)


rasa susah ke senang ke, kene bergerak!
jangan berat punggung.

'infiruuu khifafan wa thiqalan...'

kita masih punya harapan, kita ada Allah!


p/s : ni hanya 1/10 dari pengisian usrah semalam. tapiii menusuk :'/


Wednesday, January 14, 2015

Kutip semangat

last time updated, Day #21.

after a while, 
lama sangat berparty agaknya,
now its #Day 144

hamekkk!
mane pergi 124 hari tu? 
buat audit dalam hutan ke? 
sebuk kira daun pokok. haa.

ape citer resolution tabiyyah kau??
....................

*burung-burung berkicau, angin sepoi-sepoi bahasa, laungan unggas bersahutan*

pejam celik. makan tido. huhahuhaa,
dah 2015.
and I look through this blog again,
*stalk diri sendri*
I read my post during new year's eve of 2014, 
which is 100 wishlist #part 1
and I was like,
"e'ehhh, macam baru 10 minit lepas aku post mende nihh"
and still some of them still relevant till now.
some of them were unlocked.
and ade wishlist yg disebut berkali2 dalam wishlist part 2 jugak.

which made me thinking, 
masih samakah manusia yang dulu nk terkinja-kinja menginjak 22, dengan manusia yang dah kerepot nak 23 ni?
am I still the same me like when I was 20?
Things to ponder la.
After all you've been through in all this years, 
are you still the same YOU?


ingat nak cerita sedikit update tentang resolution tarbiyyah tu,
tapi
tapi
tapi.........


list mutabaah amal pun aku dah xingat.
tajuk-tajuk usrah yg dah disampaikan pun tak tersusun.
lupa :'(
berjayakah sebuah resolusi itu?

This weekend I have to be an MC for 2 days program (daurah) with 'adik-adik' usrah2 lain.
Student UKM. Mahasiswa.

Nervous makkkkkk.
MC ni macam ade tugas sebagai penyampai (muwajjih) jugak kt sesebuah program,
so rasa beban tanggungjawab macam mengangkut Gunung Kinabatangan.
Allah. 
mampu ke aku?
LAYAK ke??
dosa banyak sangat nii.
Takutnya sebab dosa-dosa aku yang lepas,
jadi penghalang untuk mesej2 penyampai sampai ke hati mereka2.

Teringat usrahmates masa kat Shah Alam,
setiap kali ditanya, siapa yang nak jadi penyampai, sape nk bagi tazkirah,
si dia ni laju je menghulur diri. 
dia bukanlah jenis yang petah berkata2, debat ke apa,
tapi dia usaha untuk sampaikan.
Kalau diassign jd penyampai or MC, tanpa ragu-ragu dia jawab,
"baiklahh :D"

Dari situ boleh nampak, dalam usaha dia nk menyampaikan tu,
pergantungan dia pada Allah tu sangatlahhh the ultimate.
memang penuh berharap.
dia cuba usaha semampunya, the rest leave it to Allah.


yer, semangat itu yang aku cuba nak serap sekarang.
minta ampun. taubat. istighfar pada Allah banyak2.
buat sehabis baik.
tawakkal.


p/s : da lama tak buat daurah untuk adik2. rindu shah alam :')



Memang kasaq, sbb dah layak sangat.

Jam menunjukkan 1.48 pagi.
aku terduduk. terkejut. kesal dengan diri.

Astaghfirullah. What have I done?!
Waktu siang kau pumpampumpam bagi usrah bagi talk segala,
bila waktu malam kau menyetan.

Siang kau malaikat. bila malam bukak topeng, keluar tanduk.

ape kau lupa CCTV Allah tu 24 jam.
bukan takat perbuatan, range CCTV terluas sampai apa yang kau fikir, bilangan denyutan nadi, kelajuan darah kau mengalir semua ter'rakam'.
Nanti kat padang mahsyar saksikan sendiri, malaikat tak malaikat perangai kau.


"Tidak Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaKu"
(51 : 56)

yer, bangun tidur makan minum kerja semuaa untuk Allah. Pengabdian pada Allah.

berapa kali kau mention dalam usrah,

"hidup kita xlain xbukan hanya untuk Allah"
"bila matlamat hidup kau mencapah, your life is meaningless. Kewujudan yg tiada erti serupa sampah"


berbuih2 kau berceramah,
ni nak tanya sikit,
kata hidup untuk Tuhan,
tapi apa yang kau tuhankan??!!
segala kemahuan nafsu semua kau turutkan.

pergi jauh sana, hentak kepala kat dinding,
biar berfungsi sikit hotak akal tu.
Biar reti nk fikir dulu, sebelum buat sesuatu, Allah redha tak perbuatan kau.

Allah bagi akal untuk berfikir, fikir guna mata hati.
Lain la binatang, diorg takde akal. Memang buat ikut sedap rasa diaa jer.
kalau kau pun buat ikut sedap rasa kauu,
so apa beza kau dengan binatang??!!

dah tu, bila kau sendiri tak buat apa yang kau 'ceramah'kann, kau rasa mutarobbi kau camne??
tak pernah fikir?
tak takut amaran Allah?

"Amat besar kebenciannya disisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"
(61 : 3)


haa amek kau!!!
'Amat besar KEBENCIAN' Allah kepada orang yang cakap tak serupa bikin.
amat besar okeyhh, amat besar!!!!
weyhhh, tak takut kerrrrrr.




Fikir la balik. Mati tak tunggu siapa2.
Bila2 masa Allah boleh tarik roh kau.
Kalau roh tu ditarik masa kau tengah buat dosa,
Fikir sendiri laa macamana keadaan hidupan abadi kau nnti.
Abadi ok. ABADI.
bukan ade stop2, tempoh2 tertentu. takde.


dah. be tough on yourself. jangan layan sangat setan kiri kanan tu.
'manusia'kan diri kau dulu.
kuat sikit lawan.
mintak doa banyak2. 
Semoga Allah sentiasa pegang hati ni.
Usaha sebaik mungkin.

k then. light off.



p/s : 'kau' refer kpd diri sendiri. ayat kasaq sbb diri tak serik2 xpaham bahasa.


Sunday, September 14, 2014

Episod 'tak tersandar'

Day #21

Hectic weekend.
Jumaat mlm, teater.
Sabtu. Kenduri and open house
Ahad. Shah alam - KL - celebrate birthday.


fikirkan balik,
manfaat ke weekend yg kekonon hectic tu???!
Allah. *tekup muka*

mutabaah amal tunggang langgang sungguh.
hidup pun terumbang-ambing.
tips nak stabilkan hidup, mutabaah amal kasi cantik.
baru perjalanan hidup pn tersusun cantik.

haih, aku manusia yg lupa, selalu terlupa hakikat yang itu.
ada masa tumpuan aku ter'lari'
ada masa anggota badan aku tak ter'jaga'.
sebab aku manusia biasa yg selalu kene ingatkan.
patut kene ketuk selalu.


ada masa aku rasa macam nak 'tersungkur' jugak.
yelah, aku 'sorang' kat sini.
kali pertama aku 'dicampak' jauh dari medan 'belajar'.
aku belum sedia nak 'dicampak'.
naqibah belum terjumpa lagi.
usrahmate pn xde lagi.
xde kenal mana2 akhawat.
yelah, sebelum ni pun futur kemain dahsat sampai xdtg usrah berminggu2.
bila dah masa kene praktikal jauh, baru sibuk mencari tarbiyyah.
aku baru rasa nak bangkit semula. 
at least nak ade sokongan kat sebelah.

tapi bila difikir balik, sampai bila aku nk berharap dari manusia?
dyorg bkn boleh selalu ade disisi bila2..

Alhamdulillah aku terjumpa dengan mereka2 yg berkobar2 nak berubah.
rase macam tgok diri sendiri waktu mula2 berubah dulu.
Berbekalkan semangat kobar2 dyorang, aku cuba nak jadi kuat balik.
bangkit balik.
aku xleh terus 'lemah' camni.
DnT bukan utk budak cengeng.

Tapiii

tapiiii,

sampai bila aku boleh bertahan, 
sorang-sorang?


Allah penentu segala.
Allahu yusahhil.


p/s : ............................






Monday, September 8, 2014

untitled

aku pernah dengar satu kata2 dari 'saudara baru',
kalau nak berhijrah/berubah, tipsnya perlu istiqamah.
kunci untuk istiqamah ialah ilmu dan jemaah.

jemaah means, jangan buat sorang2. Carik member yang sama2 nak berubah.
Jangan kata xde. Mesti ada.
Sebab manusia ni fitrahnya nak kebaikan,
setan mana pun perangai dia, at the end of the day, rasa nak pada kebaikan tu mesti ada.
tau kan fitrah,
macam manusia ni fitrahnya bila lapar, nak makan.
camtu jugak ngan kebaikan ni.
takde manusia nakjadi setan sepanjang hidup.

lagi satu bilamana betul hati tu nak berubah,
niat bertul2 nak berubah,
mohon pada Allah, betul2 nak berubah,
InsyaAllah, Allah tunjuk jalan.
kuncinya, yakin. tu je.
Have faith in Allah. He's The Almighty controller of this world.

p/s : just some of my thought.



Wednesday, September 3, 2014

Normalnya nomad

Day #10

there are times when we have to sit back alone, and think deeply about what you've done today, what you'll be, who are you and so on...

bahasa ibundanya, MUHASABAH.

ada masa aku kena keluar dari dunia aku sebelum ni,
dari kengkawan, suasana sibuk2 assignment semua,
pergi ke tempat lain,
yang keluar dari comfort zone.
untuk aku berfikir sejenak,
mencari identiti sendiri.

sejujurnya, aku masih dalam proses mencari potensi diri sebenar.
logam aku.
logam untuk aku gunakan sebetulnya.
logam untuk dimanafaatkan untuk masyarakat.

lama-lama, aku perasan. 
aku ni sebenarnya, nomad.
aku xbetah nak duduk satu kawasan lama2. aku sentiasa ada keinginan nak pergi tempat lain.
dah rasa duduk satu tempat, aku nak rasa suasana tempat kat sinun pulak.
and i adapt myself well.
sort of like how cold-blooded creature adapt themselves with the temperature of their surrounding.

selama 6 sem aku belajar kt shah alam, setiap sem tu jugakla aku bertukar2 hostel, bertukar2 rumah, bertukar tempat tinggal.
bukan sebab ade masalah ngan roomate atau apa2 isu dengan tuan rumah ke ape,
aku just nak, tukar angin.

tapi kan, nomad tu satu, kelebihan ke? acaner nak jadikan itu satu logam?


hrmm, i just thought about this. after sitting session yesterday,
(more or like macam coffee talk senanya. coffee talk pasal iman)

bilamana aku bermastautin sekejap kat satu2 tempat, aku boleh menggali mengkaut setamak-tamaknya segala ilmu yang mampu aku serap dari orang2 haibat disitu,
bila sampai masa aku pergi tempat lain,
sebarkan ke kawasan2 lain.
sambil tu, kaut lagi semangat dan ilmu dari orang2 haibat.

xyah nak tnggu pindah2 pun,
mungkin aku boleh kehulu kehilir sampaikan ilmu yang aku dapat tu.
sebab aku memang kaki jalan kaki rayap.

one of my usrahmate has said,
mungkin kitorang boleh lebarkan sayap2 usrah sampai ke tempat2 lain memandangkan sangat ramai yang berminat nak join tapi jauh2 belaka semuanya.

strategi yang best untuk melasso mereka2 yang 'berwajah masam' diluar sana.
you know lasso, yang ala2 macam cowboy campak tali nak tangkap lembu tuu.
instead of focusing at one place, we spread the goodness.
sebabnya, zaman IPT aku pun hampir berakhir.
sampai bila aku nak focus pada IPT yang sama padahal diluar sana masih ramai yang dahagakan 'sesuatu' yang seperti ini.

plannye sekarang, usaha untuk memantapkan 'akar' umbi,
supaya bakal menjadi pokok yang kuat.
menghasilkan buah2 yang ranum.
yang bermanfaat untuk sejagat.

doakan yer :)


p/s : harapnye bukan sekadar cerita kedai kopi tiada hakim tiada saksi cerita sensasi di kedai kopi.


Monday, September 1, 2014

Bermimpi lagi

I think I wanna continue my #100 wishlist part 2.

sebab sekarang kat tempat kerja tapi job xmasok2 da 2 minggu pastu bos manager sume takde pastu semua orang kat office ni tgok runningman baca komik pastu aku melangut depan pc tak tahu nak buat apa so I actually got a plenty of timeeee!!!

some of my past 50 wishlist have been unlocked actually,
so boleh buat wishlist baruuu :)

see, nothing is impossible kan. 
you can achieve it if you dream. wootwoot.

These are my checked wishlist.

#3   Umrah
Alhamdulillah. Looking forward to come back :')
#21 Oxford shoes
Thanks to my auntie for this awesome shoess.
#46 Panjat pokok manggis sampai atasss sekali. 
not gonna do it again. huh. sampai atas xreti nak turun -,-

Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
Bila ada impian, bersama usaha dan doa,
InsyaAllah, Allah bantu :)

Bismillah, my #100 wishlists part 2.



#51 - Jadi cikguuuu

#52 - A simple wedding.
Tapi kompem mak xnak simple2 -,-
#53 - Dapat anak kembar. 
Aaa, so cute and fussy and messy and miserable and all that stuff...
#54 - All kind of hijabs and all colours are available
#55 - Polaroid camera
#56 - Backpack travelling/
Cant do it alone coz I'm a woman and My mom wouldnt let me. so, dgn sesape yg sanggup ikut lah.
#57 - Buat lasik
stress pakai contact lens, tapi stress lagi pakai spec
#58 - Buat program pergi rumah anak yatim
#59 - Hiking with le cousins
#60 - Mini jaulah.
ni pun xkesah dengan sape2. 
#61 - lay down at late night. In the middle of nowhere. Just getting amazed  the stars. With friends. and my love ones.
my love ones comes with an 's' because I have many favourite person :p
#62 - travel 1 malaysia and coffeehouse hopping.
#63 - my own coffeeing-reading-board-gaming-solving-riddle space
#64 - Tons of motivation book. 
#65 - Kahwin lah. Sape tak nak kawin kann. kannn :p
#66 - Menunaikan haji
Sape yang taknak kann, rukun Islam kelima nihh.
#67 - Heart-to-heart session during campfire night. with you. you. and you.
#68 - Travel around the world. Backpacking. in caravan.
#69 - Puncak kinabaluuu. akan ku tawanmu satu hari nanti.
#70 - Collection of medals from running event. 
Sekarang baru ade 7. Sikit sangat niii.
#71 - Gunung fuji. Puncak gunung Karau.
yup. I love hiking. Was and still and will love hiking always.
#72 - Swimming with dolphins.
cause dolphin is such an intelligent creature. Rasa macam nak peluk2 pegang2 usap2 dolphin macam peluk2 kucing. Boleh kan? :p
#73 - Join konvoi mane2 riders. 
Jadi pembonceng pun takpe. Cause my mom will never let me ride anything.
#74 - Laser tag.
#75 - A tree house
#76 - My mini gym space.
boleh berzumba puas-puas. heeee :p
#77 - Mandi sungai. picnic.
This just came across my mind right now sebab da lama gilaaaa tak pergi sungai.
Kempunan.
#78 - A surprise call from anyone and she said ,
"oii, gi mandi siap2 cepat. kita keluar mana2. aku da kat depan rumah kau niii!"
if that was from a 'he', it wont be a pleasure surprise. believe me. aku xkan kluar rumah sampai seminggu.
#79 - Masuk dewan parlimen. 
Dengar ahli2 Dun berdebat berhujah. tengok pe'el masing2.
#80 - Freedom of speech
#81 - The 1st minded Malaysians
#82 - Minimum ketirisan wang. Dimana2.
#83 - Boleh cakap pasal tarbiyyah sewenang2nya dengan siapa2 saja
#84 - Meng'qawiy'kan diri sendiri so that my next wishlist will be come true
#85 - Tengok anak2 usrah jadi lebih qawiy dari mak usrah 
#86 - Terus kekal qawiy kuat tsabat di jalan DnT
#87 - Boleh buat program, bulatan gumbira dengan mudah tanpa di'anaktirikan'.
Am talking about IPT's especially.
#88 - Kumpulkan balik ex-usrahmates yg lama2 and buat sesi usrah kabir.
#89 - Usrah session with classmates. bestnyaaaaaa!! :')
#90 - Tengok 'awak' bertudung dan menjadi muslimah sepenuhnya. 
I've dreamt of you twice and I cried each time after i woke up because that dream was sooo beautiful :')
#91 - Kutip semangat orang2 gaza, masuk dalam hati ketat2.
#92 - Keluarga yang sakinah. 
#93 - Sekali dengan Teha cakap pasal tarbiyyah. 
#94 - Pergi kawasan pedalaman, orang asli. Menekankan betapa pentingnya pegangan akidah dan menuntut ilmu.
Kalau boleh stay 2 minggu or sebulan ke, rasa sikit susah hidup kat hutan/pedalaman.
#95 - Jadi ahli panel, untuk mana2 forum.
wooo, tingginye angan-angan.
#96 - Grab general knowledge. Knowable about current issues.
Must do a lot of reading pleaseee!!
#97 - ipad. iMac. iPhone. iPod. DSLR. GoPro.
hamboi. duniawi nyerr kau.
#98 - Taking professional paper qualification. Oversea. abroad.
Just nak experience susahnya belajar after degree. outside malaysia.
#99 - Hidup berjiran yang harmoni.
tak pernah berasa hidup ade jiran betul2 sebelah rumah :'(
#100 - Meng'islah'kan orang2 keliling. Kawan. keluarga.
beautiful world indeed :')

Some of them seems impossible,
but hey, 
tak salah untuk bermimpi kaan.
Its not that I am hopping that Hogwarts will be real cause that was totally impossible with all the wand and magic spells and Voldemort with all his Nagini and alll his horcrouxes.

Selarikan usaha dengan mimpi,
takdela jadi Minah Jenin.
Duduk diam berangan, akhirnya sendiri jatuh. Apa pun tak jadi.

ok. Kerja office 'banyak'.
Boleh sambung kerja.
Tra.