Friday, January 11, 2013

rugi tahu!

kita sebenarnya rugi. ya, rugi.
kau, kau, kau, dan kaaauu manusia semua rugi.
e'eh, aku pn manusia.
yer! kita semua rugi. rugi. sia-sia!! warrgghh! stress!

"demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian....." (103 : 1, 2 )

time is running out! masa dah time!


nampak tu. Allah pn da bersumpah dgn masa.
Allah pn da ckap, manusia semuanya rugi.
rugi??? huhu..
habis tu, kenapa aku hidup? hidup utk rugi?
hidup utk menjadi sia-siakah? 
oh, tidak mungkin. tidak mungkin itu tujuan aku diciptakan.
Allah maha Agung. Maha Bijaksana.
segala kejadiannya berhikmah. konfem.
tpi kenapa Allah kata manusia ni rugi?
kenapa? kenapa? whyyyyyyy?

jap, surah al-Asr ni ade 3 ayat kan. aiyo, xabes tgok lagi maaa...

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran." (103 : 3 )

tu diaaaaaaa. ade pengecualian rupanya. Allah kan maha Pengasih. Dia xnak kita hidup sia2. 
tu, Allah dah bg panduan, pedoman utk kita tidak jd manusia rugi.
supaya masa kita xkan berlalu hi hi bye bye dgn sia-sianya.

golongan yg tidak rugi masanya ialah,
1- org yg beriman
2- beramal soleh
3- berpesan dgn kebenaran
4- berpesan dgn kesabaran

penuhi kriteria yg empat2 ni, jdlah kita manusia yg bermanfaat dan tidak sia-sia.

"kalo wat salah satu jer, still jd org yg rugi ker?"

wallahua'lam. tpi kalo ikut ayat dlm Quran,
Allah sebut 'wa' iaitu, dan. bkn 'au' iaitu atau.
kalo 'dan', maknenyer semua ciri kene ade la kan. bkn option.

--contoh--

ali : eyh, abu. tolong belikan aku aiskerm cornettoti DAN jajan mameeku DAN keyepci.

lantas abu mencapai kunci motor dgn kilat pantasnya dan trus menuju kekedai utk menunaikan hajat kempunan sahabatnya yg sedang pantang itu *eh?*

**10 minit kemudian**

abu : nah sahabat, khas kuterbangkan dari kedai sblh rumah utkmu.
ali : ABUUU!
abu : kenapa? apa salah aku wahai sahabat terchenta?
ali : mane aiskrem? mne mameeku? ini keyepci je nih.. waaa! ku xmahu hidup didunia ni lagi....
abu : oh, ingatkan td suruh beli salah satu je. kene beli semua eyh?
ali : aku kan kata DAN, bukan ATAU. baiklah, tiada siapa lg yg mampu mebgubat duka lara nestapa gua nih. selamat tinggal sahabat. sampaikan salam cintaku kepada si dia, cemot yg disayangi yg da 5 tahun xmandi. 
*ali gantung diri kt pokok taugeh akibat kecewa*

----THE END----

oklah, that story kind of exaggerate ckit. tpi thats the concept.
bayangkan, kita berpesan2, menasihati org dgn penuh kesabaran..tpi xberiman? acane tuh?
kita beriman, tapi xberamal..aii, tak boleh jdi.

itulah serba serbi salah satu intisari dari bulatan gumbira berseronok minggu lpas.
ayuh teman, manfaatkan masa kita yg pendek. yg singkat.
benda yg paling jauh kan masa lampau. masa yg da lpas mustahil dpt patah balik.
jgn dok caya cite omputih "back to the future 1, 2, 3, 4" n segala time machine yg dyorg invent konon2nya.
mustahil. jgn dok berangan.
kita boleh putar jam, tpi bkn masa.
yelah, matikan jam, putar balik ke pukul 6 tadi. 
no problem. anak buah wa yg 3 tahun pn da boleh wat.
masa? impossible.

so, mari mari mari. kuatkan diri.
say bye bye forever to jahiliyah,
mantapkan diri utk penuhi ciri golongan dalam ayat ketiga.
agar kita tidak dimasukkan dalam golongan dalam ayat kedua. Nau'zubillah.

kalo nak dibincangkan surah Al-Asr ni, sehari pn xcukup beb.
even surahnye pendek, pengajaran berjela bro.
tpi wa cuma boleh sampaikan yg segelintir je.
yelah, diri ini pn masih dlm usaha merangkak2 utk perbetulkan diri.
meningkatkan kualiti sbg muslimah dan pemegang panji agama Allah.
*cewwaaahh*
iyelah. setiap muslim dan muslimah itu pemegang panji agama Allah.
once kita mengucap 2 kalimah syahadah, tugas da'ie itu otometik ke bahu kita.
dan da'ie itulah pemegang agama Allah.
nmpk x equatioan dan formulanye disitu. 

Rasulullah sallahhaua'laihiwasallam pernah bersabda,
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"

"ballighu anni walau ayat" 

sgt ingat ayat ni sbb slalu nasyid ayat ni time sekolah rendah dulu.
tpi dah besar gajah zirafah ni baru paham maksud dan pengajarannya. 
noob gila -,-

ok. jom, jgn rugikan masa.
*semangat lagu semarak perjuangan by shoutul amal :)*


p/s : di rumah. mencari ruang dan waktu utk study :(



Sunday, January 6, 2013

Menyebok

waaah! lamenye da tak menulis kt sni.
uhuk. uhuk! haachuum!! banyaknye habuk blog ni. haish. 
*amek bulu ayam, bersihkan habuk*
haa, dah bersih skit. *BLING.BLING*

so, soalan cepumas. apa khabar iman masing2?
GULP! *krik.krik.krik*

as we may concern, PRU 13 sudah menghampiri kita. yer, hampir.
tpi masih xtahu bila. 
entahla, nk main teka-teki agaknya.
mmg excited, ternanti2 jugak.
cume xberapa nak excited coz masih tak layak nk mengundi.
see?? I masih muda tw. hikhikhik.

wa ade la jugak gurau2 dgn member wa yg da tua masok 21,
"ha, boleh la korg gi mengundi. layak2"
"hrm, malas aku dah. abg aku yg 30 tahun pn xpenah mengundi"

ZAAPP!!
haiyo! kenapa itu macam wo..
hak mengundi adalah tanggungjawab tw. iye, TANGGUNGJAWAB.
tidaklah wa nak memihak mana2 belah parti, 
nak wat kempen utk dyorg, apatah lagi. oh no no no.
itu dah konpem2 parti2 tu dah kempen habis-habisan. 
mmg da tanggungjawab mereka.

yg kita ni, kita?
xmalu ke, xtunaikan tanggungjawab.
yelah, maybe people said..
"ala, aku sorg je yg gi undi..xeffect mne pn keputusuan pilihanraya tu nnti."

bayangkan 10,000 org yg pikir macam ni. bayangkan.
ha, itulah org muda sekarang. *kita lah tu*
nak harap yg tua2 je pegi mengundi. nak harap yg tua2 je gi masjid.
belia kita ni gi mane?
shopping mall? tgok wayang? men boling?

nak tunggu smpi pemimpin jd kuku besi n diktator n kejam mcm Hosni Mubarak tu,
then baru nk wat kebangkitan, nk mintak tukar pemimpin.
then baru terhegeh2 terkucil2 nak pergi mengundi.
ini masalah bila belia dah TERLALU sangat amat SELESA.
nak keluar dari comfort zone pn da malas.
jd lah belia kini, generasi yg malas. yg buang masa.
melepak2 malam2 buat bising kt bukit bintang.


yg lagi sedihnya, mereka2 yg LANGSUNG xnak ambil tahu keadaan politik negara sekarang.
jgnlah mengharap kt surat khabar + berita tv. 
rajin2lah browse ternet, cakna pasal politik kita.
kalo ade gosip artis, laju je korang gi blog 'beautifulnara' kan.
itulah belia sekarang.
hiburan. hiburan. hiburan. terlebih2.

kita mungkin dah dibiasakan budaya malas nk amek tahu hal semasa.
ekonomi semasa. keadaan semasa.
konflik semasa. umat semasa.
kononye, serabut kepala. nak study lagi.
study. study. study.
tpi hal retis meletop ke xletop, dyorg lunch mkn ape pn nak amek tahu.

lagi sedihnya, bila kisah saudara kita di Syria sume..pn xnak amek tahu.
"xper, kita aman.."
..........................*speechless*
"e'eh, xder kuar berita pn..palestin da okla kot,"
.................................*hentak kepala kt dinding*

hentikan. hentikan.
hentikan perasaan malas ambil tahu.
jdlah manusia yg ambil tahu. dan tunaikan tanggungjawab.
takut nnti kt akhirat dipersoal,
"org gi mengundi pilih pemimpin, kau buat ape? main DOTA??"

jadilah manusia yg ambil tahu.
xperlu serba tahu pn xper, tpi asalkan tahu.
sensitiflah tentang masalah umat kita sekarang.
kita hidup bermasyarakat. 
kadang, jaga tepi kain org itu perlu. tpi bkan kain dalam orang.

peace yo!


p/s : terharu dpt tgok Syeikh As-Sobuni live kt dataran shah alam hari tu :')



Saturday, November 17, 2012

brothers and sisters.

salam weekend.
may our faith remains strongs n tough :)

so, whassup?
just wanna said that,
am too sad watching my brothers n sisters being hit by those israel laknatullah.
of course am not just watching, praying for them is the least i can do.
but know what, there's other things u can do as favor.

spread the news, spread the words.
never forget, islahlan diri masing2.
tell our kids, the whole story n history,
about palestin, israel, as-syahid hassan al-banna,
EVERYTHING!!
what? they r too small to know about war??
go to hell with the age limit,
those 8 years old palestinian kid hold a gun n ready to fight for Islam.
our kids??
barbie, dragon ball, naruto n all that stuff -,-

the fact is, i got more sad to see the condition of muslims nowadays.
where they r only muslims to be stated in id,
yet they never take Islam as the way of life.

yup. u know what i mean.
so come on.
in order to fight the kuffar,
we need to fight our nafs.
Islahkan diri, dgn otomatiknya umat akan terISLAH.
In Sha Allah.
keep on praying. keep on believing.
we have Allah. Islam will rise one day.
ALLAHU AKBAR!!

p/s : xder nota kaki vkali ni. sekian.

masterchef celup

salam ukhuwah sekalian.
baru selesai midtest. Alhamdulillah.
dont ask me about it. tawakkaltu a'lallah.
thats the least i can do.

disebabkan stress yg mendadak2 last week,
i went home dgn niat nk release lah sket.
lme2 dok uitm takot nnti terjun menara plak nnti kn,
nmpk tak tahap tensionnye tu. haa..

jd bile balik umah, i found a new way to release tension.

BAKING!!!!

ha, xcaya? blom cuba blom tw.
bile kt rumah geram je tgok ade kentang sekotak xpakai lg,
my mom thought of making begedil,
but i think otherwise.
nk wat shepherd's pie lah!

then, wat lah research serba serbi nk mencari resepi terbaik kononnya.
i picked one. i cooked. i baked.
and.......
walahh!!!



resepi? ha, ni lg stu masalah wa.
i love to modified the recipe, n men bedal masok mcm2 benda,
end up bile org tny cmne wat, xtw nak jwb,
coz i have problems remembering my own recipe..
btw, this pie turned out to be my bro's favourite.
n my sister in law too. alhamdulillah. all praise to Him :)

so, go n try it. not just baking. maybe anything u never did before.
bungee jumping, hiking, swimming...
tpi yang pasti, the best way to release stress for sure,
read quran n turned back to HIM. 

"ketahuilah dgn mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang.."

wo0t2~

p/s : memasaklah dgn hati ikhlas, penuh kasih sayang n berzikir. resepi rahsia :)

Friday, November 9, 2012

terhantuk. bengkak. sembuh.


Orang buat silap. Biasa.
Tpi silap org, kita yg tanggung.  Itu sakit. menyengat
People wont even bother to care bout ur pain. Itu double sakit. Pedih.
But Allah do cares. Always. Every sec.
Hati yg pedih dah jd sejuk :)

Tak makan semata2 memikirkan hal ni.
Tpi xper lah. Xlunch je pn.
Org Somalia sne berhari2 xmakan. Hrmm,

Hampir tersungkur jugak, mungkin silap aku.. xcheck. Xtgok btol2.
Org key-in salah, tapi xnmpk. Xpasal2 kene tanggung silap org.
Tpi xper, ade hikmah Allah xmenampakkan kesilapan org pd waktu tu.
Utk jd pengajaran wat hamba yg alpa nih. Pd waktu kini.
Perancangan Allah sentiasa yg terbaik dan tiada yg sia-sia.
The fact is, da lama  xgrieving cenggini. Asyik hidup tanpa masalah je.
When you don’t take the problem as A PROBLEM, mean there is no problem.
But, no problem is A PROBLEM. n that's what happen to me
Sekali sekala, jatuh air mata pun perlu jugak.
Bersihkan hati. Bersihkan jiwa. Utk kekuatan.
Dan menjadi lebih tabah.

Cuaca hujan ptg ni mcm memahami ape yg dihati aku skrg.

“Mari sama-sama menangis,” kata bumi agaknya.

Bumi pun nak memujuk.
Orang?? jgn harap. Xguna berharap pd manusia.
Manusia selalu mengecewakan. tpi Allah tidak.
Hujan lebat.
Aku masih kt fakulti. Parking kereta jauh. Aduh, cmne nak balik.
Kena tggu hujan reda skit.
Lpas stgh jam menunggu sambil melayan Hlovate,
Hujan still xreda. Tpi da xselebat awal-awal tdi.
Tiba2 muncul seorg hamba Allah, sambil mengeluarkan payung dan mengajak,

“nak turun bawah? Jom. Sama-sama”

Ya Allah, aku xknl akak ni. Xpernah jumpe.
Tpi dalam ramai2 yg menunggu, aku yg akak tu pilih utk redah hujan bersama.
Xhenti lafaz Hamdalah dibibir.
Td bru kena ujian sedepuk. Tgok ni, Allah pujuk balik tw.
Mcm ayah yg merotan anaknya, kemudian ayah yg menyapu ubat sbb luka kena rotan td.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersyukur ats ujian.
Terima kasih Allah. Sungguh. Segala sesuatu berlaku dgn kuasaMu.
Kun fayakun.
Saat aku dah fed-up dgn sifat kebanyakan manusia kini yg “aku dgn hal aku, kau dgn hal kau”, Allah detikkan hati hambaNya yang terpilih, sebagai pembuktian, masih ade lg yg kisah.
Org penah cakap, kena jaga tepi kain org, bkn kain dalam org. yup. Setuju.
Hrmm, nmpknya masih ade org yg menjaga kain insan lain. Alhamdulillah.

Bila ujian xsemena-mena menepuk dahi menghentam jiwa, jgn lah berhenti bersangka baik pd Allah. Ambil ibrah dan hikmat dlm setiap apa yg berlaku. Belajar dari kesilapan.
Sungguh kasih sayang Allah itu luas. Luas yg xterjangkau dek pikiran manusia yg terhad.
Keajaiban? Xperlu tggu manusia keluar sayap rama-rama baru nk percaya keajaiban alam.
The fact that bumi berputar atas paksi yg mengelilingi matahari dan segala gerakan makhluk yg menjadi rutin tanpa ade saat2 tergendala, itulah kejaiban yg sebenar.
Darah mengalir xhenti dlm pembuluh darah dan segala proses kejadian dan matinya sel-sel dalam tubuh manusia. Itu ajaib.
Perkara biasa? Org tolong nak kongsi payung sama2 itulah yg ajaibnya.
Persaudaraan dlm umat Islam yg xmengenal bangsa budaya Negara warna kulit, itu super ajaib.
Anggaplah perkara biasa itu sesuatu yg ajaib. Maka, hidup menjadi lebih ajaib dgn automatiknya.


p/s : lesson learnt. Lpas ni, jgn harapkan kt org utk buat job yg sepatutnya kita buat. Buat sndiri, dan berharaplah pd Allah.



Thursday, November 8, 2012

be grateful tahap kamikaze

hari ni hari Jumaat. yeay!
Penghulu segala hari. hari barakah yg special.
special utk umat Nabi Muhammmad je.
dan Alhamdulillah, wa masih bernafas.
hirup oksigen, keluar carbon dioksida.
utk disupply kpd tumbuh-tumbhan hijau,
bg melancarkan photosyntesis, agar makhluk sejagat lain mampu sedut oksigen.
cantik kan putaran hidup di bumi Allah ni :)
ok. pagi td bangun lambat.
sbb tido pkol 3pgi. *whaaattt??*
bkn study, tpi tgh ketagih nk abiskan novel Hlovate. *oiikkkk!!*

:p

Actually i'm stealing time to write this post.
post yang ketiga! hoyeaahhh!
nak kate busy, sikitlah.
exam mood is totally turn on. fuh3.
tpi yg sebenar-benarnya, wa xder kumpulanberok (berokband) yg membolehkan wa akses internet 24/7.
talipon bijak apatah lg. jaoh sekali.
takat nk online kt library je la yg mampu.
alhamdulillah, at least ade jugak henset.
n bersyukur jugak, wa xder talipon canggih manggih gitu.
bile direview balik, hrmm..teknologi memalaskan. melalaikan. 

henset canggih wa tahap abugin. korg ado?
cukuplah sekadar yg ada. mensyukuri apa yg di tangan.
instead of looking to someone that has better life than us, try to look downwards.
lgpun, other's life seems great. only seems great.
nmpk je best, engkorang boleh rser kesusahan dlm senangnya idop org lain tuh??
mustahil. impossible.
kesusahan tersembunyi, we'll never know.

*ketukan. tempekan utk diri sendiri jugak*
at times, slalu jugak pikir mcm..
"bestnye dia ni..ada iphone 68"
"seronoknyer, si polan bercuti gi bulan naik belon udara..."
"untungla, family loving2 gitu. mintak kete, mak dye bg bas tros.."

stop it! 
itu rezeki si polan tu la, dpt macam2.
Allah dah tentukan. xkan nak pertikaikan ape Allah bg dok..
setiap org Allah bg rezeki lain2. xsama.
n kene ingat, rezeki Allah ni luas. Allah kan Maha Luas.
daannnn, rezeki xsemestinya dalam bentuk material sahaja.
dpt paham subjek dgn mudah...
fuhh, itu pn satu rezeki yg semestinya better dari dpt ipad 10.

tapi kene ingat, rezeki sesorg tu..not necessarily nikmat kurniaan.
boleh jd, stu bentuk ujian kesenangan yg selalunya org amek enteng.
dan ujian kesusahan pn snrnya satu rezeki jugak. pn yg org slalu amek enteng.
*haaa. pening2. hehe*

ok. cuba fikir balik.
bila dpt rezeki byk, parent kaya, belaja bijak, result gempak, rumah besar, kereta besar, badan pun besar*aikk*,
kalo org tu berlagak, 
alamak, tu xleh nak cakap ape lah.
dah jdi kesenangan tu dah jd ujian. Allah nk tgok tahap kesyukuran dan kehambaan seseorg. tpi org tu lupe. leka dgn kesenangan.
ingat2lah sume tu Allah punya..... 
lantas kita melafazkan rasa syukur. 
Alhamdulillah. idop aku senang.
tpi sekadar lafaz xckup. ape yg kita buat utk mengekpresskan rasa syukur tu.
pembuktian tahap kehambaan manusia.
itu yg slalu manusia lupa. manusia xnampak.
sungguh, dalam harta kekayaan yg byk itu, ade hak org miskin.
dalam byk2 ilmu yg terserap dlm kepala, wajib ditebarkan kebaikannya kpd org lain.
susah kan? berat ujian nih.
takpe. senang jer. kerana Allah, semua jd mudah.
betul niat kerana Allah, insyaAllah, Allah tolong mudahkan.
dari sudut lainnya, 
selalunya manusia akan kembali merintih merayu kpd Allah bila dpt musibah.
mcm bdak kecik yg merengek2 nak mak dye bile lapar nak susu.
bila lg susah, lg banyak merintih, Allah sayang lebih. 
dah kesusahan tu dah jd stu rezeki damdamdum :)
tpi kalo idop senang lenang goyang kaki smbil makan sekrem cornetto dpn tv tgok cite spongebob berseluar petak, possibility utk jd lalai xingat dunia tu...agak besar.
manusia ni mmg fitrahnye cpt lupe.
itulah gunanya ujian, musibah.

"ujian satu kenikmatan, pada yg bisa menzahirkan rasa kesyukuran"
*lgu nasyid xtw tajuk hape yg mirwana generasi ntah keberapa suka nyanyi time skola dulu*

lg lg lg yang bestnye. yg comelnye, ujian ni tandanya Allah masih sayang, chenta kt kita.
sbb kite lupe, Dia kasi ketuk sikit biar hamba ni xlupa,
dan kembali merintih kepadaNya..
 Allah berfirman, "....Aku rindu rintihan hambaKu...."
awwwwww!!
sweetnye bercinta dgn Allah :')

ayo. ayo. mari bercinta-cintun.
mari bersyukur. 


p/s : ramai member yg gune talipon bijak, bila blackout..henset wa jugak yg dyorg carik utk jdkan torchlight. see, hebat x hebat henset wa. hehe






Thursday, November 1, 2012

wassup yo...

Assalamualaikum.

soalan pertama yg ditanya bile jumpe member2 yg sama fikrah,
"yo sistah, apa khabar iman yo?"
ZAAPP! sentap mak! everytime.

nnti jawapnyer..
"......................." krik.krik.krik. *bunyik cengkerik*

Ni den nk koba sket,
Wa ader member nme Hidayah. Beliau stu skola ngn wa n sgt cool.
~daddy, daddy cool..daddy, daddy cool ~ *fefeeling lgu daddy cool*
wpun kadang ada kala wa terkinja2 bercanda gelak ketawa,
Tpi beliau tetap cool n berkata,
"ain, behave." 
Wohoo. Sentap.
Tros wa kembali normal n jd sopan gaya gadis melayu terakhir.
N disebabkan beliau jgak, 
Wa jd lemah lembut, ayu, lg sopan santun sehingga saat ini.
*ok, sila muntah hijau skrg*
oho hidayah, dimana jua kau berada,
Smoga kasih n cinta Allah sentiasa menaungi harimu.
Gue kangen sama kamu lorh.
*sweet x? ngah3*


Actually post kali ni mmg nk cite psal hidayah.

Tpi bkn Hidayah sahabat wa yg cool itu,
Ni Hidayah yg lg ohsem n hebat.


"hidayah yg cun anak pak sadol tempe tu?"


Yg tu pn bkn. -,-


Ni pasal hidayah yg sering kali dtg mengetuk pintu hati kita,Hidayah yg merubah kehidupan hambaNya
Hidayah yg kadang singgahnya tidak dihiraukan manusia,
Hidayah yg ohsem lg hebat tahap kamikaze biler dijage, dipegang, dibelai, diasuh, digenggam sepenuh jiwa raga hingga hembusan oksigen terakhir.
Waaaaahhh *0* 

Akhawat yg sama gembira dgn wa dulu penah ckap,
Hidayah ni kan mcm hujan, 
samada kita just nk tgok hujan turun n bermanfaat pd bumi,
Atau kita bertindak berusaha utk tadah air hujan tu n bermanfaat pd kita.
Its our choice.
Hrrm, knape plak?
Yelah, hidayah ni mcm peluang skali seumor hidop, bro.
Sekali dpt, jgn dilepas. Xdijaga, melepas.


"seorang muslim itu tidak akan jatuh ke lubang yg sama utk kali kedua"


ni nk kesah seket.

Amni seorang wanita bertudung yg sgt periang. kawan pun ramai. kawan lelaki dan kawan perempuan, sama ramainya. tudungnya pun ckup syarat jer. walaupun dia bersekolah di sekolah agama, tudung labuhnya hanya di sekolah. bila berjalan2 diluar, tudung bawal dan shawl jd kerudung kepalanya. bukan ape, katanya dia masih xcukup baik untuk bertudung labuh. ditakuti, kerenahnya yang kadangkala agak melampau riang dan kawan lelaki yang ramai akan merosakkan imej wanita bertudung labuh yg lain.

ketika di matrikulasi, Amni semakin jauh hanyut. senang cakap, Amni culture shock. Yelah, waktu kt sekolah mne boleh ckap2 dengan lelaki sesuka hati. di matrik Amni bebas. Amni lupe yang Maha Pencipta sentiasa mengawasinya. Hatinya kering. Jarang diisi. Amni mula terlibat dgn pergaulan bebas. Amni leka. hanyut. *tpi belum terbabas lagi lah*

Satu hari, Amni terasa dunianya runtuh. Lelaki yang disayanginya sepenuh hati telah bermain kayu tiga. Lelaki itu pernah berjanji akan menunggunya hingga saat yg sesuai. Ternyata, janji hanya tinggal janji. Dia dengar pengakuan dari mulut lelaki itu sendiri, mengatakan yg lelaki itu sudah ade insan lain dihatinya. Selama seminggu Amni berkabung. Walaupun disamping kawan2nya yg selalu cuba menceriakan Amni, tpi Amni masih xboleh untuk tidak memikirkan lelaki itu.

Satu hari Amni sendiri terfikir, "kenapa aku nak sedih sgt utk laki tu?"
"Ya Allah, dimana Kau dihatiku?"
Amni tersedar. xpernah dia memikirkan perihal hatinya yg kontang. walaupun dia pernah sekolah agama, tpi ilmu agama yg banyak diterimanya waktu sekolah xpernah diamalkan. xder beza Amni dgn bdak sekolah biasa lain. 
Amni menyesal, dia xsepatutnya hanyut dgn dunia. dia sepatutnya mengajarkan ilmunya dgn rakan2 lain. Dan perkara yang paling disesali Amni, dia semakin jauh dari Allah.
banyak kali Amni istighfar. "ya Allah, apa aku dah buat..."

Amni bertanya pada kakaknya yg bertudung labuh itu,
"akak, macammana kalau Amni pakai tudung labuh? Amni takut Amni xckup baik utk pakai tudung labuh."
Jawapan kakak Amni betul2 menyentap perasaan. Membuatkan Amni tekad untuk berubah.
"Amni, nak buat bende wajib xyah tunggu jd baik. kalo Amni xckup baik kan, Amni xyah solatlah. Amni xcukup baik nak solat. Gitu??" Amni betul2 terasa hidayah Allah telah mengetuk pintu hatinya."ye, aku harus berubah. sampai bila aku nak tggu"

Kini Amni bahagia. Amni sudah berjumpa Kekasih lain utk memenuhi hatinya. Kekasih yg kompem2 xkan mengecewakan. Walaupun Amni akui jalan utk berubah penuh onak duri, tapi Amni berusaha utk istiqamah dalam perubahannya. Kerana jalan syurga itu pahit, nnti baru boleh rse manisnya syurga. Amni tahu, tujuannya hanya nak redha Allah semata2.
lg stu, Amni dpt rasa..bertudung labuh buat Amni rasa selamat. Safe and sound :)

tu diaaa. kesah Amni dapat hidayah free2 dari Allah. 
sekali dpt, dye terus grab. fuuhhh, bestnye2.
tpi kene ingat, 
cabaran terbesar sebenarnya adalah utk mengekalkan hidayah itu. 
mcm2 ujian wo0o0. xhenti2, padu bagai machine gun. 
pompompompompow!!
kalo jatuh tersungkur, nk bgn balik..fuh, payah. serious wa ckap.

"mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis"

yelah, mujahadah kene la susah. kalo x, bukan mujahadah nmenyer kan :)
ini je la, serba serbi tntg topik ini yg boleh wa kongsikan.
sharing is caring. caring is loving kan.
sesungguhnya empunya diri yg comel ini *ini perasan* masih dalam usaha perbaiki diri.
dan xkan pernah berhenti berusaha.

marilah, bersama2 kuatkan azam. chayok2. gambatte!
inna solati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati, lillahi rabbil'alaminn.
peace yo!


p/s : kisah Amni ni based on kesah benar, tpi nama dirahsiaknlah. Amni bkn nama sebenar :)