Tuesday, May 28, 2013

whassup yo! its been a while..

adelaa si polan ni, sedang meneliti mutaba'ah amalnye,..

"alhamdulillah, minggu ni aku dah wat qiam..hari2 kowt!"
"yeay! selesai puasa sunat. hoyeah!"
"rawatibb, sunat hajat,..sunat dhuha...CHECK!"
"fuh, penuh mutaba'ah amal aku minggu ni. pergh! rse sgt ohsem mcm superman yo!"
*sambil tersenyum girang*
"banyaknye amalan aku minggu ni. woot woot!"

errrr...bro, rse cukup bro? rse ohsem?
nah, bace ayat ni..


"Katakanlah (Muhammad), Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedang mereka mengira mereka telah berbuat sebaik-baiknya" 
(18 : 103,104)


ZAAAp!! 
ingat dah baik sangat ker? ingat cukup amalan2 tu?

*nangessss*


first time dgr ayat ni, rse mcm ade batu besar himpap kepala.
GEDEBAB!
teringat solat tunggang terbalik, yg entah khusyuk ntah tidak,
solat lambat laa,
itu baru solat. blom lagi puasa, mengaji, zikir sume...
cukup ke sume tu nk bawak masok syurga.
ingat ye, syurga tu mahal okeyh. MAHAL.

Bayangkan, Saidina Umar yang dijanjikan syurga tu pn, boleh pengsan bila dengar azab2 Allah yg disebut dlm Quran. boleh menangis bila dia terasa mcm amalannya xcukup untuk menghilangkan dosanya waktu zaman jahiliyah beliau.
tu Saidina Umar kowt! Saidina Umar yg hebat dan garang tu. 

*nanges laju lajuuuu*

ni lah masanya, muhasabah balik amalan harian kita.
muhasabah balik dosa2 kita.
muhasabah balik akhlak kita.
yangggg penting, muhasabah balik NIAT.
iye. niat.
hadis 1 ade sebutkan, sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat.

mungkin, mungkin, mungkin,
amalan kita jd sia2 tu,
jdi macam debu asap berterbangan ditiup angin tropika iklim khatulistiwa,
sebab niat kita.

sgtlah rugi, kita susah payah mengerah keringat tulang 10 kerat.
membuat kebaikan kat dunia,
sampai kat akhirat, waktu dihisab,
PHUUHHH!
amalan kita terbang gitu jer, sia-sia.
so, ape lg yg tinggal utk dihisab??
nau'zubillah..moga kita dijauhkan benda tu terjadi kt kita.

jadi, camne utk tidak tergolong dalam golongan yg disebut dalam ayat kat atas tuh?
tajdid niat la of course. ikhlas.

*ni salah satu cara yer, byk lgi yg boleh dibuat*

tak dinafikan, xmudah utk ikhlas.
analogi ikhlas tu sendiri, 
macam semut HITAM yang kecik, atas batu HITAM, dalam keadaan malam yg HITAM. gune night vision pn blom tentu boleh nampak semut tu tw.
nak katanya, ikhlas tu adalah sesuatu yg kita xnampak.
besar ke kecik, kita tak nampak. itulah sebabnya, hanya Allah je yg mampu menilai keikhlasan hamba2Nya.
ok la. kita bagi pemudahcara yer. boleh cuba di rumah.

cuba bayangkan dosa kita setinggi gunung everest tu..
*errr, everest xcukup tinggi kowt, double triplekan everest tu..*
dan, bila2 masa je gunung tu akan jatuh himpap kita..
sanggup ke nak tanggung?? penyek terkena himpap ade laa.
jadi, ape patut kita buat utk hancuskan dosa2 tu sikiit sikiittt,
haruslah dengan beribadat.
*ingin ditekankan kt sini, beribadat bukanlah dengan hanya sujud rukuk di sejadah kemudian berteleku di masjid sahaja yer, sila luaskan skop ibadah itu*

remind balik, cukup ker, dgn amalan aku yg sebegitu begini, nak hilangkan dosa aku yg menggunung tu..???
tiap kali bila kita rase cukup, ingatkan balik diri kita dgn analogi ni.
dengan beristighfar sahaja pn, dah mampu hilangkan serba serbi dosa2 kecik, kan kan :)
Allah tu Maha Pengampun, Maha Penyayang :')

*ambik kotak tisu. hembus hingus. kesat air mata.*

janganlah sesekali merasa cukup, merasa bosan dgn amalan.
perbaiki amalan tiap2 hari. ikhlaskan hati.
malas? penat?

nah, tengok ayat ni.


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 
(9 : 41)


"berangkatlah" itu boleh membawa maksud, 
bangun untuk beribadat, bergerak kt jalan dakwah ni,
berjalan kerana Allah, dan yg seangkatan dengannya.

"baik dgn rasa ringan maupun berat", baik tgh rajin ataupun malas.
baik tgh lapang ataupun busy. baik ape juga rintangan,
berangkatlah! 
get ur butt off from ur comfort zone!!
chayok3!

so so so, agak2 macam malas nk solat sunat ke apa kan,
marah diri sendiri. berangkatlah!!
kasi sentap sikit. 




p/s : frankly speaking, mcm da give up senanye dgn blog ni..tpi... Allah membantu. Innallaha ma'ana :)


No comments:

Post a Comment