Thursday, January 22, 2015

Harapan sentiasa ada.

#Day 153

sedar tak, masyarakat kini tengah parah. tenat.
tenat setenat tenatnya. 
(cuba cakap tenat banyak kali, eventually it sounds weird. haaa)

kalo sakit kanser tu, kononnya macam dah stage ke 10. 
itulah tahap keparahan masyarakat kini.
dengan masalah sosialnya, zinanya, hendonism, kpop laa, corruption, pemimpin zalim dan segala 'penyakit' yg tak tersebut sbb banyak sangat.
lagi2 sekarang ni dengan internet n media sosial yang rancak yang jadi salah satu medium cptnya 'virus penyakit berjangkit' ni tersebar. fuhhh.

but bear in mind, tenat camne pun,
sentiasa ada secebis sinar harapan yang Islam ini akan tertegak.
masyarakat akan kembali 'sihat'. harmoni.

"eyh, kata tenat, camne ade harapan pulak??"

yer, kita masih punya harapan. 
sebab kita ada ALLAH.
Bumi ni kan Allah punya.
tentunya pertolongan Allah akan datang untuk pejuangNya di bumiNya.

Dulu, As-Syahid Imam Hassan al-Banna telah nampak ketenatan masyarakat pada zaman itu,
dan dengan inisiatif sendiri dia cuba untuk cari 'penawar' pd penyakit umat pada masa tu.
Mula2, beliau datang berjumpa sheikh2 ulama menyatakan kerisauannya dengan parahnya umat Islam. 
nak taw ape jawab sheikh2 tersebut?

"selamatkanlah diri kamu dari ketenatan ini. kerana kami sudah tak punya jalan lagi." 
kata mereka sambil menangis2 mengenangkan keadaan umat Islam.

jawab beliau,
"kerana parahnya umat Islam kini, jangan sampai roti di tangan yang kamu pegang sendiri boleh hilang, kerana usaha kamu untuk menyelamatkan diri kamu"

maksudnya, kerana kita tak cuba untuk menyelamatkan masyarakat dan hanya cuba selamatkan diri sendiri saja, akhirnya sampai diri sendiri terhanyut hilang kerana kuatnya arus kerosakan masyarakat tersebut.

Imam Hassan al-Banna berasa sangat bertanggungjawab untuk menyelamatkan masyarakat tenat pada waktu tu. Beliau bersama rakan2 gurunya memulakan langkah awal 'rawatan' dengan turun di kedai2 kopi untuk menyantuni masyarakat.

kedai kopi okeyhh! kedai kopi.
bukan pegi masjid. pegi kuliah.
tapi kedai kopi.

dan dengan idea awal dari beliau, gerakan2 'rawatan' mengubati umat masyarakat masih bertebaran luas hingga kini. 
bayangkan betapa banyaknya pahala beliau tetap terus berjalaan bertambah, walaupun beliau sudah tiada di muka bumi. Allahh :'0


"Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam"
(21 : 107)

kenapa tiba2 adanya ayat diatas? ni nak cite sikit.

Nabi Muhammad SAW, adalah utusan Allah yang terakhir bagi SELURUH umat zaman akhir ni.
dan tugas seorang utusan ialah untuk.....

MENYAMPAIKAN

itulah salah satu sunnah rasulullah yang terbesar iaitu, dakwah.
sebab itulah Nabi Muhammad SAW dikatakan adalah rahmat bagi seluruh alam.
kerana dakwah yang disampaikan bukanlah untuk umat/kaum tertentu, tapi untuk umat satu dunia.

'Rahmat' tu sendiri ada banyak maksud.
tapi salah satu maksud yang disebut kat sini, rahmat tu mcm kebaikan/keharmonian yang terjadi bilamana manusia mendekatkan diri pada Allah.

Analoginye cenggini la,

bayangkan tiba2 satu hari, Malaysia menang World Cup.(perghhhhhhhhh!!!!)
bestkan? macam satu rahmat bagi rakyat satu Malaysia xkira kaum.
bila dah menang, mesti player2 Malaysia akan diinterview.
then interviewer tanya,

"apakah rahsia kemenangan anda?"

lantas player tersebut jawab,
"kerana kami berlawan untuk mati, manakala penentang kami berlawan untuk hidup"

boleh nampak tahap kebergantungan kepada Allah sgtlah perghhhhhh, speechless.
kerana dekatnya manusia pada Pencipta, maka turunnya rahmat & keharmonian dpt dikecapi.

the key is, dekatkan diri pada yang Maha Mencipta


tapi ni analogi jer. contohhh contohhh. contoh k.



nak kata disini, konsep dakwah ni boleh kata macam konsep 'membawa rahmat pada seluruh alam'
but how???

means, kita usaha untuk berubah jadi baik, tapi bukan baik sorang2.
eyh, haruslah!
xkan nak masuk sorga sorang2.
mesti nak ajak member jiran tok mak tok nek acik andak acu semuaa sekali main tengteng sama-sama kt sorga.
best kannnn :')

haa, jom jadi umat terbaik sepanjang zaman.
dengan amar makruf nahi mungkar.

haii, mudahnya berkata2.
kalaulaah semudah itu.
but heyy, kenalah susah sikit. Allah tengok tw.
Nanti 'kesusahan' tu dapat jadi bukti kat 'sana', yang kita dah usaha tolong agamaNya.
Ada laaa saham lebih sikit.
Cover sikit dosa bertingkat2 tu. Kalaulah boleh cover kann
*jantung ditusuk sembilu bisa*
*bertebaran air mata, sambil darah hidung turun mengalir deras*

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” 
(9 : 41)


rasa susah ke senang ke, kene bergerak!
jangan berat punggung.

'infiruuu khifafan wa thiqalan...'

kita masih punya harapan, kita ada Allah!


p/s : ni hanya 1/10 dari pengisian usrah semalam. tapiii menusuk :'/


No comments:

Post a Comment