Sunday, September 27, 2015

Situasi

Minggu ni mood semacam up and down sikit.
Alhamdulillah, lepas seminggu lepak dengan keluarga,
muhasabah lebih,
sekarang dah tenang sikit.
dah boleh berfikir dengan waras.

Decided to move on with life. Focus to what is more important in life.
Bende remeh2 yang tidak2 ni jentik puiiii masuk longkang je.
Toksah toleh2 dah.

Anddd suddenly someone brought this matter up again.
Terus bercelaru balik.
Bercelaru dalam tenang.
Muka bajet cool, hati sapa tahu kann.

Bila fikir balik, somehow kena jugak cakap pasal hal ni.
kena jugak luahkan kat sape2.
lama2 simpan, meletup nanti.
End up, cerita je kat dia.

kadang seronok cerita kat manusia2 yang berlainan ni, pendapat diorang macam2.
Banyak pengajaran yang aku boleh ambil.
one of it, is this...


Hati manusia ni, Allah yang pegang. Hati kita ni pun Allah yang pegang.
Bila2 je Allah boleh ubah hati 360 darjah, sekelip mata gitu je.
Tiada apa yang mustahil pada Allah.

okla. gini. Kadang, kita bersahabat ni sebab kita nak ajak dia pada kebaikan.
Nak sama2 bimbing dia, bimbing diri sendiri jadi lebih baik dari hari ke hari.
So, kita bersabar je dengan kerenah dia. mengada dia. tak kisah. 
sebab nak ajak dia berubah. kononnya.
But still, ajakan dan nasihat segala semua tak membuahkan hasil.
Sama je dia dari dulu kini dan selamanya.
Macam takde function je kita ni bersahabat dengan dia.
Lama2 semacam fed up. Sudah. Enough is enough.
Kita makan hati dengan dia, bukannya dia kisah. Lama2 makan hati, sampai dah takde hati nak makan.
Konon dah habis sabar la nih.

Tapi kita LUPA. kita lupa yang hati tu sememangnya secara mutlak Allah yang pegang.
Kita mengajak. Kita usaha.
Dia berubah or tidak, bukan kuasa kita. bukan kita yang tentukan.
Kalau betul dia berubah pun, bukan sebab kita.
itu sebab Allah yang ubahkan hati dia.
So, dalam usaha mengajak tu, jangan terlalu mengharap yang dia mesti kena berubah.
"aku dah buat itu ini, dia kene mesti berubah."
This mentality is wrong! bahaya. seolah kita nak buat kerja Tuhan pulak.

Suppose kita usaha sedaya upaya semungkinnya, leave the rest to Allah.
Berubah or tidak, berharap pada Allah sahaja.
Bila sedar yang 'merubah' itu bukan job scope kita,
kuranglah rasa kecewanya. kuranglah rasa makan hati tu.
Boleh tajdid niat selalu.
Muhasabah balik, kenapa kita bersahabat dengan dia. kan kan kan.

and another thing,
pernah teringat dalam sesi 'bulatan' dulu,
sebelum ditugaskan jadi naqibah dulu,
aku selalu diingatkan,
biasanya "keberhasilan" anak usrah or org yg didakwahkan bergantung kepada keadaan or mutabaah amal akak usrah tu, or orang yang mendakwah.

Faham tak?

the thing is, everything relate back to yourself.
Bukan lah maksudnya kau kena betul 100% baru boleh mengajak orang lain.
kalau tak, takkan ade lah orang yang mengajak sana sini kan.
Kalau tak berubah jugak, fikir balik. Mungkin kerana kurangnya syukur kau pada Allah.
Mungkin kerana selalu solat lambat. jarang puasa sunat. etc.

kalau dah 40 tahun bersahabat, ajak itu ini and still sama,
mungkin compang campingnya pada diri sendiri.
Mutabaah amal yang tak pernah penuh. Tarbiyah dzatiyah yang celaru.
Pengharapan yang kurang pada Allah, tpi mengharap Allah ubah jugak hati manusia.
Macam tak tally je. tak selari. tak sesuai. 
Muhasabah balik, mutabaah amal apa citaaa???

Betul lah.
Ujian ni banyak betul mengajar erti hidup.
Belajar dari kesakitan. 
Rise up and be a better person.
yukennduwwitt!


p/s : dah tak reti dah nak susun ayat cantik2. if you want further explanation, jom jumpa. I speak better than I write. or type. literally.



No comments:

Post a Comment