Thursday, January 17, 2013

Haish, tak imbang??


Sabar..sabar..lgi brape jam je. Fuh fuh fuh. Teruskan usaha
Jgn berhenti! Semangat2! *ikat kain merah kt kepala*

(30 minit kemudian)

Waaa! Npe jawapan xsama! Kenapa tak imbang!!??!!
Tell me why???? Why???whyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!

(2 jam kemudian)

Tak imbang lagiiii??!!!!! Waaaaaaaaaa! *cabut kain merah, dan tidur*

Situasi berikut adalah situasi yg dialami student akaun bila buat financial statement,
Total asset not equal to total equity n liability.
Bila total decrease/increase cash flow xsama dgn net increase/decrease of cash and cash equivalent.

Makcik peah : hello, cakap bahasa melayu boleh x?

Ok, pendek kata bila jawapan ximbang.
Tapi bak kata lecturer wa, jawapan imbang pn xtentu jawapan betul.
Yup. Betol! Setuju sgt la tuh.
Masalahnye, kalo ximbang tu, kompem2 xbtol. *ok. Itu betul masalah -,-*

Badrul toncet : ape susah, jawapan yg ximbang tu bahagi dua. Mesti imbang.

Begitu mudah kau berkata – kata -,-

Kadang-kadang, jawapan da imbang. Sama.
Konon terer tahap petala la nih.
Hidung dah tinggi mcm mak jemah.
Bangga bak hang dpt jawapan sama, rasa bagai dunia kau punya .
Bila check2 jawapan, figure yg imbang tu..xsama dgn jawapan.
Itu double triple stress tahu. Haish.
Bila difikir balik, lebih kurang mcm addmath.
There are so many methods to find the solution,
at the end u’ll get the same answer.
Bezanya, jalan panjang or jalan pendek.
Jalan mudah or jalan susah. Paling parah, xder jalan. *eh?*

Even in any subjects, 
the ways of understanding the method and the subject itself are vary.
Contoh dalam akaun ni..*mood study akaun*
Ade org yg cari final answer gune akaun T,
Ade yg prefer gune debit credit, or journal entry.
Ade yg main bantai tolak tambah je.
Regardless of their method, jawapan mesti sama. Selalunye lah.
Bila wat latihan banyak2 yg tak imbang, lama2 da tak heran.
Lantak la imbang ke tak imbang. Asalkan wa buat, wa paham.
Kadang-kadang soalan tu bukannye betol sangat…
*ha, nmpk tak terlebihnya self-confidence disitu -,-*

Know what, konsep untuk dapatkan jawapan imbang ni..
Sgt berkaitan dgn hidup kita taw. Xnampak?
Ok. Gini.
Tujuan buat financial statement ni sbb nak tgok current financial position of your company.
Tipuuu. Tu jawapan dalam buku.
Yg sebetulnya, aim sebenar, nak dpt jawapan imbang je.
So, kita akan tengok..betapa bakal2 accountants ini akan berjerih perit memerah keringat berbelas-belas jam hanya sekadar utk mendapatkan jawapan seimbang.
Kalo study group tu, dah mcm wat mesyuarat meja bulat. Dok library sampai tak ingat waktu makan tidur siang malam.
Tak tipu. Ni lah symptom student yg tgh study subjek akaun.
Termasuk wa sendiri.
Tapi kita lupe, nanti time exam..jawapan yg imbang tu..xder diberi markah pn.
Pemeriksa akan lebih tgok kpd figure2 yg lain dan jalan kerja.
Paling penting, kene buat jalan kerja.
Xder jalan kerja, xder la markah.
Kadang, org yg jawapan ximbang dapat markah lgi tinggi drpd org yg dapat jawapan imbang.

Just like in our life.
Allah tak tengok hasil kita. Allah tgok apa usaha kita dan bagaimana.
Allah tak tgok berapa pointer yg kita dpt bila hujung sem.
Allah tak tgok brape gaji bile hujung bulan,
Bagi penggiat jalan D n T pula,
Allah tak tengok brape banyak org yg kau dah ubah semasa berdakwah.
Allah tak tgok brape banyak program yg kau dah pergi,
Habis tu, buat ape kita susah payah bekerja kan?

hey! Kenalah bersusah payah, sbb yg susah payah tu yg Allah tgok.
Brape banyak kita usaha, brape banyak kita berdoa. itu yg Allah nilai.
Adakah cara kita halal ke haram.
Itulah seharusnya, bagi semua manusia yg mengucap kalimah syahadah.
Melakukan sesuatu kerja berlandaskan penilaian Allah, bkn penilaian manusia.
Bila semua pekerjaan dibuat kerana Allah, bayangkan..tidur pn dapat pahala.
Wohoooo, ohsem!
Kadang, Makcik cleaner yg kerja dgn ikhlas itu lebih dipandang Allah dari tokoh korporat yg menderma kt sekolah tahfiz pastu suruh masuk surat khabar,letak gambar cheque besar2 gedabak gitu.

Jadi kpd course-mate ku, esok paper akaun kita usaha sama2 ye.
Usahalah utk dpt jawapan imbang, tunjuk jln kerja.
Tpi kalo x imbang tu, xyah risau.
It’s still not the end of the world. Hehe. *bajet terer gitu*

“Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia”
(57 : 11)

Selain harta, bekerja dan usaha kerana Allah pun boleh jd satu pinjaman yang baik :)
Ingat ye, jangan bersedih bila usaha jerih payah kita tak berhasil di dunia,
Sebab Allah dah janjikan hasil yg super ohsem lumayan hebak tahap petala utk kita disana.
Jgn sedih bila kita kehilangan sesuatu yg sgt kita chenta sayang kasih,
Sbb Allah dah janji penggantinya lgi super saiya yg kita tak jangka.
Jgn bersedih bila kita tak dpt apa yg kita harapkan.
Sbb Allah nak bagi benda lain yg lg cun perfect hebak kt kita.

“……………Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(2 : 216)

jom meng'ohsem'kan diri. 
lillahi ta'ala. hoyeah!!


p/s : insan yg ade paper last esok, memang tabah carik line ternet utk post kali ini. phew.

No comments:

Post a Comment