Friday, January 11, 2013

rugi tahu!

kita sebenarnya rugi. ya, rugi.
kau, kau, kau, dan kaaauu manusia semua rugi.
e'eh, aku pn manusia.
yer! kita semua rugi. rugi. sia-sia!! warrgghh! stress!

"demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian....." (103 : 1, 2 )

time is running out! masa dah time!


nampak tu. Allah pn da bersumpah dgn masa.
Allah pn da ckap, manusia semuanya rugi.
rugi??? huhu..
habis tu, kenapa aku hidup? hidup utk rugi?
hidup utk menjadi sia-siakah? 
oh, tidak mungkin. tidak mungkin itu tujuan aku diciptakan.
Allah maha Agung. Maha Bijaksana.
segala kejadiannya berhikmah. konfem.
tpi kenapa Allah kata manusia ni rugi?
kenapa? kenapa? whyyyyyyy?

jap, surah al-Asr ni ade 3 ayat kan. aiyo, xabes tgok lagi maaa...

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran." (103 : 3 )

tu diaaaaaaa. ade pengecualian rupanya. Allah kan maha Pengasih. Dia xnak kita hidup sia2. 
tu, Allah dah bg panduan, pedoman utk kita tidak jd manusia rugi.
supaya masa kita xkan berlalu hi hi bye bye dgn sia-sianya.

golongan yg tidak rugi masanya ialah,
1- org yg beriman
2- beramal soleh
3- berpesan dgn kebenaran
4- berpesan dgn kesabaran

penuhi kriteria yg empat2 ni, jdlah kita manusia yg bermanfaat dan tidak sia-sia.

"kalo wat salah satu jer, still jd org yg rugi ker?"

wallahua'lam. tpi kalo ikut ayat dlm Quran,
Allah sebut 'wa' iaitu, dan. bkn 'au' iaitu atau.
kalo 'dan', maknenyer semua ciri kene ade la kan. bkn option.

--contoh--

ali : eyh, abu. tolong belikan aku aiskerm cornettoti DAN jajan mameeku DAN keyepci.

lantas abu mencapai kunci motor dgn kilat pantasnya dan trus menuju kekedai utk menunaikan hajat kempunan sahabatnya yg sedang pantang itu *eh?*

**10 minit kemudian**

abu : nah sahabat, khas kuterbangkan dari kedai sblh rumah utkmu.
ali : ABUUU!
abu : kenapa? apa salah aku wahai sahabat terchenta?
ali : mane aiskrem? mne mameeku? ini keyepci je nih.. waaa! ku xmahu hidup didunia ni lagi....
abu : oh, ingatkan td suruh beli salah satu je. kene beli semua eyh?
ali : aku kan kata DAN, bukan ATAU. baiklah, tiada siapa lg yg mampu mebgubat duka lara nestapa gua nih. selamat tinggal sahabat. sampaikan salam cintaku kepada si dia, cemot yg disayangi yg da 5 tahun xmandi. 
*ali gantung diri kt pokok taugeh akibat kecewa*

----THE END----

oklah, that story kind of exaggerate ckit. tpi thats the concept.
bayangkan, kita berpesan2, menasihati org dgn penuh kesabaran..tpi xberiman? acane tuh?
kita beriman, tapi xberamal..aii, tak boleh jdi.

itulah serba serbi salah satu intisari dari bulatan gumbira berseronok minggu lpas.
ayuh teman, manfaatkan masa kita yg pendek. yg singkat.
benda yg paling jauh kan masa lampau. masa yg da lpas mustahil dpt patah balik.
jgn dok caya cite omputih "back to the future 1, 2, 3, 4" n segala time machine yg dyorg invent konon2nya.
mustahil. jgn dok berangan.
kita boleh putar jam, tpi bkn masa.
yelah, matikan jam, putar balik ke pukul 6 tadi. 
no problem. anak buah wa yg 3 tahun pn da boleh wat.
masa? impossible.

so, mari mari mari. kuatkan diri.
say bye bye forever to jahiliyah,
mantapkan diri utk penuhi ciri golongan dalam ayat ketiga.
agar kita tidak dimasukkan dalam golongan dalam ayat kedua. Nau'zubillah.

kalo nak dibincangkan surah Al-Asr ni, sehari pn xcukup beb.
even surahnye pendek, pengajaran berjela bro.
tpi wa cuma boleh sampaikan yg segelintir je.
yelah, diri ini pn masih dlm usaha merangkak2 utk perbetulkan diri.
meningkatkan kualiti sbg muslimah dan pemegang panji agama Allah.
*cewwaaahh*
iyelah. setiap muslim dan muslimah itu pemegang panji agama Allah.
once kita mengucap 2 kalimah syahadah, tugas da'ie itu otometik ke bahu kita.
dan da'ie itulah pemegang agama Allah.
nmpk x equatioan dan formulanye disitu. 

Rasulullah sallahhaua'laihiwasallam pernah bersabda,
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"

"ballighu anni walau ayat" 

sgt ingat ayat ni sbb slalu nasyid ayat ni time sekolah rendah dulu.
tpi dah besar gajah zirafah ni baru paham maksud dan pengajarannya. 
noob gila -,-

ok. jom, jgn rugikan masa.
*semangat lagu semarak perjuangan by shoutul amal :)*


p/s : di rumah. mencari ruang dan waktu utk study :(



No comments:

Post a Comment